Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Debat pun takut, berani ke Permatang Pauh!!!



KUALA LUMPUR 8 Nov: Pemimpin Umno dinasihati tidak cuba menentukan kerusi Parlimen mana bakal ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Datuk Seri Najib Razak sendiri takut menyahut cabaran debat, apatah lagi bertanding di kerusi Parlimen lain.
Sebagai Perdana Menteri, Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Saifuddin Shafi Muhammad, berkata Najib yang sepatutnya berani bertanding mana-mana kerusi sebagai bukti dasar dan ‘transformasi’ yang beliau canang, diterima ramai.
“Pemimpin Umno patut malu atas keengganan Najib berdebat  isu negara. Perbahasan Bajet 2013 di Parlimen pun Najib gagal hadir.
“Ia contoh Najib lemah, tidak fokus dan tidak punya keupayaan memimpin di saat ekonomi tidak stabil dan hutang negara mencecah ratusan bilion ringgit,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Saifuddin berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang mencadangkan  Ketua Umum KEADILAN itu bertanding di Parlimen Pekan.
Setiusaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor itu turut menyifatkan cabaran itu bertujuan mengalih pandangan umum terhadap skandal penyelewengan pemimpin Umno yang didedah Pakatan Rakyat.
“Umno bankrap isu untuk dimainkan, terlalu banyak isu dasar yang diabai pemerintah sekarang dan terus menjerumuskan Malaysia ke arah kehancuran,” katanya.

0 Komen pengunjong :