Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Debat dulu, soal bertanding kerusi mana kemudian



KUALA LUMPUR  : Pemimpin Umno patut mendesak Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum memandai-mandai menetap kerusi mana bakal ditandingi Ketua Pembangkang itu.
Merujuk cadangan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee  untuk meyaksikan Anwar dan Najib bertanding di kawasan sama, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata sesi debat lebih utama untuk kebaikan rakyat.
“Debat pun takut, takkan Najib sanggup lawan. Jadi saya sarankan Syed Ali supaya cabar Najib debat dulu, baru fikir untuk bertanding di mana-mana.
“Kita masih tunggu Najib terima atau tidak berdebat dengan Anwar. Itu yang rakyat tunggu-tunggu untuk jadikan negara ini melalui proses demokrasi yang sihat.
“Kita tengok sahaja debat antara Obama dengan Romney. Itu yang kita juga mahukan. Ia akan beri harapan baru kepada negara,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Muhammad Nur juga menyifatkan cadangan Syed Ali Alhabshee itu untuk bertanding kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya akan datang, tidak berasas, malah menganggap tindakan itu hanya memalukan Perdana Menteri yang gagal menyahut cabaran debat walaupun surat pelawaan beberapa kali dihantar tetapi tiada jawapan.
Semalam, Syed Ali mendakwa Anwar tidak berani bertanding di Pekan sedangkan sokongan rakyat terhadap Ketua Umum KEADILAN itu semakin hari, semakin bertambah hinggakan Najib Razak sehingga kini tidak berani membubar Parlimen.
“Isu pokok bukan bertanding di mana-mana tapi berani ke Najib nak bertanding dengan Anwar.  Kita dahulukan debat, tengok macam mana, rasanya lebih ‘afdal’ buat apa yang rakyat mahukan,” katanya.

0 Komen pengunjong :