KUALA LUMPUR:
Laporan muka depan akhbar The Star yang dimiliki oleh MCA jelas mahu
melaga-lagakan Presiden PAS dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang
lain apabila melaporkan beliau bersedia menjadi perdana menteri, tetapi
apakah sebenarnya yang beliau kata dan maksud.
Muka depan The Star hari ini melaporkan, "Hadi ready to be PM" (Hadi bersedia menjadi PM).
Namun tajuk untuk edisi onlinenya agak berbeza iaitu, "It is syiok (thrilling) to be PM." (Syok juga kalau jadi PM)."
Selari
dengan The Star adalah, media dalam talian The Malaysian Insider juga
membuat laporan sealiran dengan akhbar MCA itu. "Hadi ‘alu-alukan’
cadangan perwakilan dilantik jadi PM", menjadi tajuk media itu.
Kedua-dua laporan ini membayangkan seolah-olah Presiden PAS itu mahu menjadi perdana menteri.
Ekoran
kedua-dua laporan itu, timbul fitnah kepada Presiden bahawa beliau
dikatakan 'setuju dan bersedia' untuk menjadi perdana menteri.
Namun, Malaysiakini pula membuat tajuk "Syor jadi PM, syok juga sepintas lalu - kata Hadi".
"Syok
(seronok) juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta
Tuhan jadikan cita-cita menangkan Islam, lepas tu nak mati,
matilah,"katanya dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-58 di Kota
Bharu semalam.
Laporan yang ditulis Abdul Rahim Sabri itu agak berlainan dari dua media di atas.
Apakah
yang dikatakan sebenarnya oleh Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang
ketika memberikan ucapan penangguhan yang disifatkan oleh pelbagai pihak
sebagai terbaik oleh beliau itu.
Para pembaca wajar sekali mendengar sendiri apakah maksud Ustaz Abdul Hadi dalam ucapannya itu.
Ini kerana, dalam sidang media selepas memberikan Ucapan Dasar Muktamar PAS ini, Abdul Hadi dengan jelas menolak cadangan itu.
Beliau lebih rela kembali menjadi nelayan selepas Islam menang.
Apakah
sebenarnya maksud TG Abdul Hadi tentang isu ini? Berikut adalah
transkrip ucapan penangguhan beliau yang berkaitan dengan isu ini.
Berikut adalah penyataan Tuan Guru Abdul Hadi semasa penggulungan itu secara verbatim.
"Kita kena hadapi pilihan raya dengan yakin, ikhlas dan ilmu dan bijak.
Saya
alu-alukan nak lantik saya jadi perdana menteri. Syok juga sepintas
lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya
ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah.
Saya
tak mahu macam cerita saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan tahu saya
minat memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut Yan.
Sebelum
pergi, dia berpaling ke anak buah dia, dia kata, tumbuk rempah
siap-siap. Nak masak ikan tenggiri, ikan jenahak. Saya pun pergilah, dia
pun pergi juga ke laut. Bila balik, boleh ikan belukang sebesar
kelinking je. Ustaz Azizah ingat tak peristiwa itu? Saya tak mahu jadi
macam tu lah. Belum apa-apa dah tumbuk rempah.
Kita kena belajar
dengan Nabi SAW. Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa
dengan pemimpin-pemimpin kabilah yang bersedia menawarkan negeri dan
penduduk mereka untuk menegakkan Islam. Allah menjanjikan kemenangan.
Nabi
jumpa satu-satu kabilah ini. Masa jumpa kabilah Bani Amir, Nabi tawar
Islam, Allah janjikan kemenangan, boleh tegakkan negara bila berjaya.
Tiba-tiba pemimpin mereka bertanya, "Kalau menang siapa jadi raja, jadi
ketua, jadi menteri" lalu Nabi jawab, "Kemenangan itu bagi Allah, Allah
beri kepada siapa yang Dia kehendaki" Itu jawapan Nabi.
Jadi kita PAS ni kena ajar begitulah. Itulah caranya."
0 Komen pengunjong :