SEREMBAN 3 NOV: Penyanyi terkenal 80-an Aishah menyeru rakyat Negeri
Sembilan agar tinggalkan Umno di dalam ucapannya di dalam konsert
sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Taman Seremban Jaya di
sini.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, berkata meskipun
orang Negeri Sembilan kuat berpegang pada adat, tetapi Umno bukanlah
sebahagian dari adat Negeri Sembilan.
“Orang Negeri Sembilan harus tahu, Umno bukanlah adat yang perlu kita
pertahankan, jadi kita harus tolak Umno yang merosakkan negara ini,”
ujar beliau di dalam ucapan ringkas selepas persembahan beliau.
Acara di tapak HKR dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti
persembahan nyanyian artis popular 90an, Nizam Laksamana dengan lagu
popularnya “Gugurnya Bunga Cinta”.
Selain Aishah dan Nizam Laksamana, antara artis lain yang turut hadir adalah Dayangku Intan dan Vincent Chong.
Selain menyampaikan ucapan ringkas, Dayangku Intan turut menyampaikan lagu popular beliau, “Berpaut Di Dahan Cinta”.
Selain hiburan, majlis petang tadi turut diselang-selikan dengan
ucapan pemimpin muda Pakatan Rakyat yang mewakili kaum Melayu, Cina,
India dan Orang Asal.
Himpunan tersebut didahlui dengan konvoi dari Stadium Paroi yang
disertai kira-kira 200 motorsikal dan 50 buah kereta terus menerima
sokongan masyarakat di Senawang.
Orang ramai yang berada di sepanjang jalan memberikan sokongan dengan
membunyikan horn dan memberi isyarat bagus kepada peserta konvoi.
Konvoi
tersebut tiba di tapak HKR kira-kira jam 4.30 petang dan disambut
dengan paluan kompang, tarian singa, kumpulan gendang India dan sorakan
semangat orang ramai yang berada di tapak HKR.
Dianggarkan kira-kira 2,000 orang telah membanjiri tapak HKR yang berlangsung dalam keadaan hujan.
Acara dihentikan kira-kira jam 7.30 malam sebelum akan disambung
semula pada sebelah malamnya dengan ceramah pemimpin-pemimpin utama
Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP.
0 Komen pengunjong :