Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno tidak dakwah Chua Soi Lek isu hudud

KUALA LUMPUR: Kenyataan berterusan oleh pimpinan MCA mempertikaikan hukum-hakam dan perundangan Islam membuktikan Umno tidak menjadikan perkongsian kuasa Barisan Nasional sebagai medium dakwah.


“Walaupun setelah berpuluh tahun Umno berpakat dengan parti bukan Islam untuk memerintah Malaysia, mereka masih gagal memberi penjelasan tentang Islam yang sebenarnya kepada rakan-rakan politik mereka di kalangan bukan Islam,” kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin A. Razal.
Katanya, kenyataan terkini Presiden MCA, Chua Soi Lek dalam satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja adalah satu lagi bukti kegagalan Umno menyampaikan dakwah Islam.
Hal ini, ujarnya sangat berbeza dengan PAS yang menjadikan Pakatan Rakyat sebagai medium menyampaikan kebaikan Islam dan perundangan Islam kepada bukan Islam.

Beliau berkata, hasilnya dalam tempoh 4 tahun kebelakangan ini tidak sedikit pemimpin bukan Islam dalam DAP dan PKR mula bersikap mesra hukum dan perundangan Islam.
“Keadaan ini membuktikan bahawa Tahaaluf Siyasi yang digagaskan oleh PAS telah berjaya mencapai sebahagian matlamatnya iaitu memperkenalkan Islam kepada bukan Islam.

“Insya Allah sekiranya rakyat memberi mandat kepada PAS menggantikan Umno dakwah Islam akan lebih lancar di negara Malaysia tercinta ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

0 Komen pengunjong :