Lalu rioh sekalian penceceh kerana Datuk Seri Anwar naik jet dari Kuala Lumpur ke Labuan, ke Sabah dan ke Sawarak.
Sebelumnya kecoh Anwar dan orang-orangnya naik bas ke sana ke mari dalam jelajah kempennya menunggu PRU 13.
Apa yang dinaiknya seolah-olah tidak kena belaka. Naik bas tak boleh, naik jet pun tak boleh. Habis apa yang boleh?
Mungkin naik motosikal dan naik basikal pun tak boleh juga.
Kita tunggu bila pula Anwar hendak menonggang kuda di desa dan kota?
Atau tunggu saja dia dan orang-orang berkuda masuk ke Putrajaya nanti.
Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang memang selalu berkuda di belakang
rumahnya di pantai Rusila. Tentu beliau tidak kekok berkuda ke
Putrajaya.
Salahkah Anwar naik jet dalam keadaan jet sebagai satu kenaikan sudah tidak pelik lagi bagi dunia umumnya?
Eloknya kita minta saja sekalian yang gian dan mabuk dengan angin
kencang Pakatan Rakyat hendak memfathul (membebaskan) Putrajaya memberi
tunjuk sebab mengapa Anwar tidak boleh gunakan jet?
Saya teringat kisah laporan Musnyi Abdullah tentang rakyat jelata
tidak boleh berpayung melalui depan istana Raja Terengganu. Komen Munsyi
Abdullah, mengapa tidak dilarang burung terbang melintasi istana?
Masa itu belum ada budaya tunjuk sebab. Jika ia berlaku sekarang,
kita boleh tanya kerajaan Terengganu memberi tunjuk sebab mengapa orang
tidak boleh berpayung di hadapan istana?
Saya tahu cerita seorang pemimpin Umno Terengganu naik jet dengan
seorang anak kecil balik ke Terengganu dari Kuala Lumpur kerana bondanya
meninggal dunia. Pada hal dia boleh menggunakan motokar yang terbaik
untuk ke sana atau tunggu penerbangan biasa. Tidak berbangkit
kapalterbang penuh kerana ada ruang bagi mjuslihat istimewa MAS
mengosongkan satu dua kerusinya.
Tetapi kerana hendak cepat, dia naik jet. Besar mana belanja dan dari
mana dapat duit keranya terpaksa berbayar tidak berbangkit. Manusia
sudah ada kemudahan untuk memanfaatkan jet atau apa-apa kenaikan yang
lebih canggih.
Apa yang hendak diungkit dengan kemudahan Anwar menggunakan jet? Apa salahnya dan apa tidak betulnya dia menaiki jet?
Adakah kerana dari mana dia dapat duit untuk memajak jet itu? Atau jet siapa dan siapa yang membenarkannya menggunakan jet itu?
Atau kalau ada rakan-rakannya di luar negara memberinya kemudahan
menggunakan jet, adakah ia suatu yang tidak dibenarkan? Anwar memang
mempunyai ramai rakan di seluruh dunia yang boleh menawarkan kemudahan,
malah percuma pun ada yang bersedia.
Kisah Anwar dikatakan senang dengan duit bukan benda yang pelik.
Semasa Anwar memimpin ABIM dulu heboh orang kata dia diberi banyak duit
oleh Muammar Gaddafi. Tiada sebarang langkah kerajaan ambil tentangnya
atau menyiasatnya. Dalam heboh itulah Umno menawarnya untuk menjadi
calonnya.
Apa pun yang dikatakan tentang Anwar ialah dia berupaya untuk mendapatkan apa-apa kemudahan seperti yang orang lain boleh dapat.
Mungkin Anwar tidak ada duit dan tidak ada keupayaan untuk
menggunakan jet? Soal dia tidak mampu tidak menjadi isu kerana kemudahan
itu boleh ditawarkan oleh penyokong-penyokongnya.
Ia adalah tanda dia disokong oleh berbagai jenis orang. Bukan orang
miskin saja yang menyokongnya, orang-orang ada jet pun boleh meminjamkan
kepadanya.
Jika sebagai pembangkang dia dapat macam-macam kemudahan, maka
tidaklah payah baginya untuk mendapat berbagai jenis sokongan kiranya
dia memerintah.
Dia guna jet tidaklah jadi isu yang pelik, tetapi kalau dia curi jet baru jadi cerita.
Di mana dia dapat duit? Duit Anwar ada dalam poket setiap
penyokongnya. Bila dia mahu, sekaliannya akan mengeluarkan duit dari
sakunya.
.
0 Komen pengunjong :