Pas dakwa pengaruh Dr M makin rapuh

PRU 13 pengaruh Dr M

SHAH ALAM - Pas melihat Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pengaruh untuk ‘menimbulkan kecelaruan’ pemikiran di kalangan pengundi tetap Umno, yang akhirnya akan memanfaatkan pakatan pembangkang. Pada masa yang sama, Pas mendakwa pengaruh bekas Perdana Menteri itu semakin rapuh dalam menarik sokongan masyarakat umum khususnya pengundi ‘atas pagar’ susulan tuntutan landskap politik baru yang semakin dirasai menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Untuk menarik pengundi Pakatan Rakyat, orang yang tidak berpihak kepada mana-mana parti ini kepada Umno itu satu perkara yang sukar untuk dilakukan kerana orang sudah mempunyai pendirian untuk membuat perubahan pada pilihan raya akan datang,” kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Poko Sena dapat merasakan kebimbangan pemimpin-pemimpin Umno sekiranya Dr Mahathir ‘celupar mulut’ mengkritik parti secara terbuka sehingga boleh menjejaskan kredibiliti parti yang telah memerintah negara lebih 50 tahun.

“Mungkin selepas Bajet 2013, baru okey balik... mungkin beliau sedar bahawa beberapa perkara yang beliau kritik itu menjejaskan kekuatan BN kerana ia boleh menganjakkan pengundi tetap Umno ini kepada Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Mahfuz juga tidak menolak kemungkinan Dr Mahathir mempunyai hasrat meletakkan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir supaya mewarisi kepimpinannya sebagai bakal perdana menteri.

“Banyak pihak dalam Umno yang tidak senang dengan percaturan politik untuk mengatur kedudukan anaknya, hatta apabila disebut anaknya untuk balik bertanding sebagai calon Menteri Besar, ia akan berlaku pergolakan dalaman Umno,” katanya sambil menyifatkan hasrat Dr Mahathir itu mungkin gagal.

Bagaimanapun beliau mengakui sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akur kepada beberapa tuntutan dan kehendak Dr Mahathir, nasibnya mungkin berakhir sepertimana yang menimpa Tun Abdullah Ahmad Badawi.
.

1 comment :

  1. Adalah merupakan fakta yang tak dapat disangkal bahawa Bank Negara telah kerugian RM30billion akibat tindakan tidak bertanggungjawab Nor Mohamad yakob (dengan keizinan Mahathir) menggunakan rezab negara untuk berjudi spekulasi matawang asing! Akibatnya, ekonomi kita merundum serta berlakunya kemelesatan yang menyebabkan rakyat menderita. TETAPI apakah hukuman yang diterima oleh penyagak tersebut? beliau telah dikeluarkan dari Bank negara dan dilantik sebagai penasihat ekonomi negara oleh Mahathir! Kemudian diera AAB pula, penjenayah tersebut telah dimasukkan kedalam barisan kabinet sebagai menteri yang menerima gaji yang datangnya dari cukai dan wang rakyat!

    Rakyat banyak menderita akibat perbuatan jahat penyagak matawang itu dan hukumannya dilantik sebagai penasihat ekonomi dan kemudian menjadi menteri? Alangkah beretikanya dan tinggi keIslaman UMNO dalam melindungi kepentingan negara serta masa depan rakyat Malaysia terutamanya orang melayu IAITU dengan melindungi dan memberikan kedudukan tinggi kepada para pesalah laku (masih ingat lagi pada kesalahan Rahim Tamby?) dan menipu rakyat dan orang2 melayu dengan menuduh pihak lain (Soros) sebagai penyangak (baling batu sembunyi tangan). Tetapi kita tidak perlu terkejut kerana memang itulah sikap serta tabiat UMNO Baru dari dulu hingga sekarang (dulu, kini dan selamanya penuh dengan penyangak dan para pelindung penyagak2 tersebut).

    Kita telah kerugian 30 billion dan jika kita bayangkan duit sebanyak itu digunakan untuk kepentingan rakyat maka berkemungkinan besar kehidupan rakyat tidak lah sesusah sekarang. Dengan duit 30 billion, kita tidak perlukan Renong untuk membina lebuhraya bertol (plus)! Dengan 30 billion, kita tidak perlukan PTPTN yang membebankan anak2 kita dengan pinjaman hanya semata2 dengan tujuan mengkayakan kroni2! Dengan 30 billion, ramai rakyat miskin di Sabah dan Sarawak berkemungkinan berpendapatan 100 kali ganda dari apa yang mereka perolehi sekarang iaitu RM250 setahun! Dengan 30 billion kita tidak perlukan pihak kroni seperti Ananda Krisnan dan YTL untuk menjual tenaga elektrik kepada kita dengan harga yang mencekik darah sambil merompak wang subsidi negara! Dan perlu kita ingat rumusan Barry Wain bahawa Mahathir sahaja sepanjang pemerintahannya telah menghanguskan duit negara (duit rakyat) sebanyak US100 billion hamair sama dengan jumlah hutang terkumpul negara yang cuba dirodokkan kedalam tekak rakyat, oleh najib (dengan keborosan dan rasuahnya).

    Ini bermakna mahathir dan kuncu2nya telah meragut kesenangan rakyat dan pada waktu yang sama membebankan lagi rakyat yang kesusahan dengan tanggungan hutang yang besar. Jadi apakah gunanya kita menyimpan lagi makhluk perosak dan parasit2 ini? Kita mederita dan mendapat kesusahan tetapi makhluk2 keji ini duduk senang lenang dan kaya raya. Tidak cukupkah kita menanggung derita kesusahan akibat dari salah laku Mahathir dan UMNO? Adakah kita perlu menderita 5 tahun lagi dan hutang negara meningkat hingga 1 trillion baru kita tergerak untuk menendang najib dan UMNO keluar? Adakah perlu anak2 kita keluar mengemis dijalanan dan di negara asing, baru kita ingin menghukum penjenayah2 yang telah merompak hasil negara? Adakah orang melayu akan mati tanpa Najib dan UMNO? Adakah orang melayu bertuhankan Najib, UMNO dan wang ringgit? jawapannya akan kita ketahui selepas pilihanraya nanti!

    Nick.

    ReplyDelete