KUALA LUMPUR:
Sebelum Parlimen dibubarkan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
mendesak supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibubarkan terlebih
dahulu.
(Laporan akhbar Daily Ekspress yang melaporkan pengakuan pembelian Mykad)
Ini berikutan pengakuan terbuka seorang warga asing di mahkamah bahawa beliau mendapat Mykad dengan harga RM1,000.
Akhbar
Daily Express bertarikh 29 September 2012 melaporkan, seorang warga
asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia
telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000.
Mahkamah juga
telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki
dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi
Hassannuddin adalah palsu.
"Namun setelah disemak nombor kad
pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad
Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga
merupakan pengundi yang sah," kata Edy Noor Reduan, Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataannya.
SAMM sebelum ini telah membuat pendedahan kerjasama SPR dan JPN untuk menutup kerja kotor penipuan pilihanraya.
"Persoalannya,
bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh
mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk
mengundi?
"Kad
Penganalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi
mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku?" soal
beliau.
(Nama Hassannuddin Manna ada dalam daftar pemiolih)
Kad pengenalan ini juga didapati mempunyai rekod di JPN dengan status 'telah diambil'.
Ini bermakna Kad Pengenalan palsu ini telah diluluskan di JPN.
"Siapa pegawai yang meluluskannya? Siapakah kerani kaunter yang
melepaskan kad pengenalan palsu ini untuk diambil?" soal beliau lagi
dalam kenyataannya.
Beliau seterusnya mempersoalkan, apakah ini
satu lagi kerjasama utuh di antara Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari
Jabatan Imigresen?
"Inikah hasil daripada program 6P yang cuba dilaksanakan secara terburu-buru oleh Jabatan Imigresen?" soal beliau.
Isu
pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat
serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan
kerana birokrasi melampau.
Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini, katanya.
Keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh SPR.
(Eddy Nor menuntut sokongan semua NGO)
"Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing
demi menyelamatkan Barisan Nasional daripada kehilangan kuasa?" soalnya
lagi.
Lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk
negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah, mereka mampu berniaga
di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel
malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri.
Bayangkan
jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi
mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual
negara, katanya.
Bagi Edy Noor, Barisan Nasional sudah semakin
lemah dan tidak mampu untuk menang dalam pilihanraya yang juga beberapa
kali ditangguh.
Barisan Nasional juga, katanya, kini ditolak
oleh rakyat negara ini, maka idea memberikan kewarganegaraan segera
kepada warga asing merupakan satu jalan singkat yang mengundang padah
kepada seluruh rakyat negara ini.
Banyak pendedahan telah dibuat dan pendedahan terbaru ini menjadi
bukti kewujudan pemberian 'kewarganegaraan segera' sedang berleluasa.
SAMM
, katanya, sebagai peneraju anak muda bingkas sekali lagi menyeru
kepada seluruh rakyat agar tidak berdiam diri ketika negara sedang
dijual sehabisnya.
Semua persoalan ini bukan sahaja wajib dijawab malah SPR yang
gagal membersihkan senarai pengundi wajib dibubarkan segera sebelum
parlimen dibubar, tegas beliau.
Sehubungan itu, SAMM memanggil
semua NGO dan individu yang cintakan demokrasi, cintakan negara ini
harus menyertai gerakan membubarkan SPR dengan segala bentuk tekanan
walaupun dengan melakukan satu lagi protes terbesar menuntut pilihanraya
bersih dan adil - BERSIH 5.0.
Selagi pilihanraya tidak bersih,
selagi itulah wajarnya protes ini dengan pelbagai pendedahan yang tidak
disangkal sebagai bukti.
"Perubahan itu harus didesak bukan ditunggu," tegasnya.
.
0 Komen pengunjong :