Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SSM seharusnya menyiasat NFC, bukan SUARAM


KUALA LUMPUR - Ahli parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua berkata Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seharusnya menyiasat Pusat Fidlot Nasional (NFC) daripada terus menghukum organisasi hak asasi manusia SUARAM kerana terdapat “akaun yang meragukan”.
Beliau berkata motif SSM sangat diragui dan mahu SSM menerangkan apakah maksud “akaun yang meragukan” seperti yang dikatakan oleh menteri perdagangan dalam negeri, hal ehwal pengguna dan koperasi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bila beliau berkata SUARAM akan menghadapi pendakwaan.
Menteri tersebut tidak memberi sebarang butiran lengkap dalam sidang media hari ini apabila beliau mahu mendakwa SUARAM, badan organisasi hak asasi manusia yang dikatakan alat pembangkang kepada ahli politik Barisan Nasional (BN).
Pua berkata, jika SSM menyiasat dengan lebih lanjut, lebih banyak syarikat yang mempunyai “akaun yang meragukan”.
Beliau memberi contoh skandal NFC yang melibatkan ketua wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya dalam projek penternakan lembu nasional yang SSM harus menyiasat dengan lebih teliti.
“Kenapa nak mendakwa SUARAM di atas “akaun yang meragukan” sedangkan ada banyak lagi kes yang mempunyai masalah sama?
“Sebagai contoh akaun dari syarikat keluarga Shahrizat, yang mengambil wang dari syarikat tersebut dan membawanya ke Singapura tanpa sebarang persetujuan.
“Semuanya telah didedahkan, tetapi tidak ada tindakan diambil ke atas mereka, sebaliknya SUARAM didakwa, bila kita tidak nampak di mana akaun yang meragukan.”
SUARAM menerima kritikan kebelakangan ini kerana menerima dana asing dan pemimpin BN mempersoalkan kesetiaan mereka terhadap negara.
Badan hak asasi manusia itu dikatakan menerima serangan kerana terus terlibat dalam siasatan dari Perancis berkenaan penyelewengan wang bernilai berbillion ringgit untuk membeli dua buah kapal selam Scorpene.
Pua berpendapat motif pendakwaan adalah bersifat politik, dan kerajaan mahu menutup SUARAM.
“Mereka akan lakukan apa sahaja kerana SUARAM sedang menyiasat kes rasuah berkenaan dengan pembelian Scorpene.
“Mereka mahu SUARAM untuk berhenti dari terus menjadi sebahagian daripada mereka yang menyiasat kes tersebut,” katanya lagi.
.

0 Komen pengunjong :