Serangan terhadap
Malaysiakini menampakkan bahawa kerajaan semakin terdesak.
Sepanjang minggu lalu lalu, media arus perdana -
TV3, Utusan Malaysia, New Straits Times dan
The Star - melancarkan serangan ke atas
Malaysiakini dan
organisasi masyarakat sivil kerana menerima geran dari yayasan
antarabangsa yang mereka dakwa sebagai satu plot untuk menggugat
kestabilan kerajaan.
Malaysiakini telah diserang kerana mempunyai pelabur asing yang
didakwa dikaitkan dengan jutawan George Soros.
Malaysiakini diburukkan lagi bahawa beberapa pemegang saham kami mempunyai kaitan politik.
Saya
faham sebab serangan itu. Lagipun, pilihan raya semakin dekat, dan
berdasarkan perkembangan semasa, keputusannya boleh memihak kepada
mana-mana parti.
Oleh itu, media arus perdana telah diarah oleh
pemilik politik mereka - Umno dan MCA - untuk menyerang dan menjatuhkan
suara-suara yang mahukan pilihan raya bebas dan adil, menggesa siasatan
dibuat terhadap pelbagai skandal rasuah dan agar prinsip-prinsip
demokrasi dipatuhi dan ditegakkan.
Jadi, tidak mengejutkan
apabila mereka berulangkali melaporkan tuduhan, sindiran dan perkara
separuh benar, bersama-sama dengan dos hodoh perkauman - satu strategi
yang disempurnakan oleh yang tidak lain dan tidak bukan - ketua
propaganda Nazi
Joseph Goebbels.
Mari kita lihat tuduhan ini satu persatu dan mematahkannya:
1. Tuduhan yang sama 11 tahun yang lalu
Tuduhan berulangkali oleh bekas pengarang berita
Malaysiakini,
YL Chong bahawa pada tahun 2001 kami merahsiakan geran RM188,000 dari
Tabung Pinjaman Pembangunan Media (MDLF) dan dia meletak jawatan selepas
mengambil satu pendirian mengenai perkara itu.
Tuduhan ini
bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah dicanangkan dalam media arus
perdana 11 tahun yang lalu - diungkit semula pada tahun 2001 - sebagai
"bukti" kaitan kami dengan Soros. Kami telah menerbitkan
jawapan kami untuk mematahkannya, sejurus selepas tuduhan tersebut dibuat.
Pendek kata,
Malaysiakini bersikap terbuka dengan kakitangan tentang
kontrak untuk membangunkan satu aplikasi perisian untuk
Centre for Advanced Media Prague (Camp), yang merupakan cabang bahagian teknologi MDLF.
Chong
berjumpa media dengan membuat tuduhan bahawa perjanjian itu adalah satu
geran dan kami telah merahsiakan perjanjian itu. Hakikatnya,
Malaysiakini sudah pun membuat pengumuman mengenai perjanjian perisian itu di lamanwebnya.
2. 'Orang Soros dalam lembaga pengarah Malaysiakini'
Ekoran
kejayaan membangunkan teknologi tersebut serta kejayaan melancarkan
model langganan pada bulan Januari 2002, MDLF memutuskan untuk melabur
dalam
Malaysiakini - yang pertama bagi mereka dalam medium
online - menyimpang daripada pelaburan tradisional mereka dalam akhbar,
televisyen dan stesen radio.
Malaysiakini menerima RM1.3
juta untuk 29 peratus ekuiti dan MDLF bersetuju untuk menandatangani
perjanjian tidak campurtangan dalam urusan editorialnya. Berikutan itu,
Malaysiakini mengadakan sidang akhbar dan membuat
pengumuman mengenai perkara itu.
Pada
masa pelaburan itu dibuat, MDLF diterajui oleh pengasas bersamanya,
Sasa Vucinic seorang wartawan yang stesen radionya B92 di Belgrade
terbabit dalam satu perjuangan yang panjang dan amat sukar untuk
membantu menjatuhkan Presiden Serbia,
Slobodan Milosevic. Milosevic
kemudiannya didakwa dengan jenayah perang dan jenayah terhadap
kemanusiaan yang berkaitan dengan peperangan di Bosnia, Croatia dan
Kosovo.
Sasa telah menubuhkan MDLF dengan strategi untuk membantu
media bebas di Eropah Timur berkembang berikutan kejatuhan komunisme.
Soros, seorang rakyat Hungary yang mempunyai rekod yang menyokong
kebebasan akhbar, adalah antara
penderma utama MDLF.
Tontonilah
TED talk Sasa untuk mengetahui lebih lanjut tentang falsafah MDLF.
Sehingga ini, MDLF terlibat dalam 269 projek untuk 85 syarikat media bebas di 27 negara.
.
0 Komen pengunjong :