Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR tetap ke Johor walau terima ancaman

NONE

PKR akan meneruskan acara Jelajah Merdeka Rakyat di Johor walaupun menerima ugutan berhubung kunjungan ke kawasan kubu kuat BN itu.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengarah komunikasinya Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan bahawa ugutan itu diterima oleh seorang pengawal peribadi ketua pembangkang itu semalam.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat turut mengesali tindakan perdana menteri kerana tidak mengutuk serangan dialami PKR dalam siri program berkenaan sebelum ini.

Beliau mendakwa serangan Pemuda Umno dan PERKASA terbabit dalam serangan tersebut.

"Kita mempunyai bukti pembabitan mereka di (kejadian) Lembah Pantai, Alor Setar, Kota Bharu dan Jasin," katanya.

Anwar berkata, Najib mengulas mengenai tindakan menunjukkan punggung dan memijak gambar perdana menteri itu, namun berdiam diri berhubung serangan ke atas PKR.

"Seolah-olah kita ada 1Malaysia tapi dua undang-undang," katanya.

Pengawal keselamatan itu, Ahmad Fauzi Mahpab, didakwa menerima satu panggilan di rumahnya daripada seorang lelaki.

Pemanggil itu didakwa berkata, "Hello bro, sampai Johor, aku tunggu kau dengan pistol".
Ahmad Fauzi membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut di balai polis Damansara pagi ini.
.

2 comments :

  1. Kuatkan kawalan keselamatan.
    Spy2 kita mesti bersedia dikalangan samseng2 tu dgn video dan kamera utk mengambil semua tingkah laku lembu2 samseng tu.
    Pengawal2 keselamat kita mesti bersedia di setiap laluan panas yg mungkin samseng2 itu akan buat kacau - Jika mereka melebihi had dan kurang ajar, kita tempur. Nak harapkan polis, mereka ini hanya menonton sahaja.
    Ingat kalau mereka bersedia dgn pistol...kita bersedia dgn M-16

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan jelajah merdeka rakyat kali ini akan selamat tanpa sebarang kerumita. Insyaallah.......

    ReplyDelete