Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR Selangor Cabar Umno-BN Umumkan Calon MB


PETALING JAYA : PKR hari ini mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bakal Menteri Besar daripada Umno-BN sekiranya ia serius dalam menawan kembali Selangor.
Timbalan Pengerusi PKR negeri, Zuraida Kamaruddin berkata tanpa nama calon Menteri Besar dari Umno-BN, sudah pasti “resipi” yang diwar-warkan oleh Muhyiddin untuk menawan Selangor akan menjadi “resipi basi”.
“Apa yang pasti, Menteri ‘udang’, Datuk Seri Noh Omar terkeluar daripada senarai calon Menteri Besar bersama Datuk Seri Mohammad Zin kerana kedua-duanya tidak disenangi dikalangan rakyat.
“Sehingga hari ini, ternyata, tiada calon dari Umno-BN yang layak menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” katanya dalam sidang media di Pejabat Keadilan Selangor di Pusat Perdagangan Dana 1 di sini.
Minggu lepas, Muhyiddin berkata Pakatan gagal menyelesaikan tiga isu – kutipan royalti pasir, perkhidmatan bekalan air, kutipan hutang syarikiat Talam – dan ia akan dijadikan “ramuan” untuk Umno-BN menawan kembali Selangor.
Kata Zuraida, sekiranya Umno-BN sudah mempunyai ramuan itu mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani mengumukan tarikh pilihanraya umum ke 13.
Mengulas lanjut perkara itu, Zuraida berkata Umno-BN akan menggali kubur sendiri sekirannya ia menggunakan resipi tersebut.
“Hal ini kerana rakyat tidak akan sesekali lupa apa yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini,” katanya.
Jelasnya, ‘resepi kitar semula’ berkaitan isu air, hutang talam dan pasir itu berpunca daripada kegagalan Khir Toyo yang ditinggalkan Umno-BN kepada Pakatan.
Sebaliknya, Pakatan berjaya menyelesaikan ketiga-tiga isu itu dan ia merupakan kejayaan PR.
Malah, katanya, strategi Pakatan yang mengangkat martabat rakyat dengan meletakkan Selangor sebagai negeri berkebajikan adalah resepi terbaik bagi ‘menghidangkan’ kekalahan kepada Umno-BN.
“Kami mengingatkan Muhyiddin supaya hentikan sandiwara politik yang busuk ini, beliau kini sudah tidak diterima rakyat,” katanya.
.

0 Komen pengunjong :