Komponen BN Sabah dan Sarawak harus mengkaji semula kedudukan dalam
gabungan itu jika Pusat tidak menaikkan bayaran hasil minyak daripada 5
peratus kepada 20 peratus, gesa Parti Reformasi Negeri (Star).
"Sekiranya
Umno/BN tidak menaikkan hasil minyak tersebut kepada 20 peratus, maka
parti-parti komponen BN lain di Sabah dan Sarawak seharusnya mengkaji
semula kedudukan mereka dan menarik diri daripada BN demi masa depan
rakyat," kata Pengerusi Star Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Menurutnya
lagi, BN yang kini tertekan perlu lebih serius berbuat demikian setelah
'Perisytiharan Kuching' diumumkan Pakatan Rakyat baru-baru ini.
"Dengan
memberi kredit kepada apa yang sepatutnya, Deklarasi Kucing merupakan
langkah betul yang pertama oleh Pakatan, dan ia akan memberi tekanan
kepada Umno dan BN untuk membuat tindakan susulan.
"Ini
mungkin suatu petanda yang baik bagi negeri-negeri di Borneo jika
adanya susulan oleh Pakatan dan Umno/BN, demi memulihkan kedudukan Sabah
dan Sarawak," kata Jeffrey dalam kenyataan semalam.
Perisytiharan
tujuh perkara itu antara lain menegaskan, royalti minyak bagi Sabah dan
Sarawak akan dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus selain
mengembalikan autonomi kedua-dua negeri itu.
Jeffrey berkata,
pendapatan sampingan itu sekiranya digunakan dengan betul akan
menyumbang kepada kesejahteraan penduduk Sabah dan Sarawak.
Jeffrey juga berkata, pemimpin Pakatan dan BN perlu mengkaji secara
mendalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perjanjian Minyak yang
ditandatangani pada tahun 1976 untuk tujuan itu.
.
0 Komen pengunjong :