Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan tiada niat tukar bendera tapi Umno terbukti buta sejarah – Anwar


PULAU PINANG : Pakatan Rakyat tiada niat menukar Jalur Gemilang apabila menawan Putrajaya kelak pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tidak ada niat untuk kita tukar bendera Malaysia. Hanya Umno yang tak mahu belajar sejarah pejuang terdahulu. Ada kita dengar fatwa dari Haji Hadi (Awang)? Tidak ada. Ada (Lim) Kit Siang keluar kenyataan? Tidak ada,” katanya.
Bagaimanapun, beliau kesal kerana orang Umno buta sejarah dan tidak kenal bendera Sang Saka Mera Putih yang menjadi simbol perjuangan kemerdekaan sejak zaman pra-merdeka.
“Sang Saka Merah Putih adalah bendera perjuangan kemerdekaan. Anak-anak muda yang kibar bendera itu pada malam kemerdekaan ke-55 itu mahu kita ingat kembali pejuang-pejuang kemerdekaan.
“Mereka berjasa. Dr Burhanuddin Al-Helmy dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Selepas itu jadi Presiden Pas. Datuk Onn (Jaafar) juga. Dia bijak dan keluar. Sama macam saya juga, bijak dan keluar Umno,” katanya sambil berseloroh.
Beliau berkata demikian depan lebih 3,000 hadirin di majlis jamuan hari raya KEADILAN Changlun, petang tadi berikutan juak-juak Umno mentohmah kononnya Pakatan akan menukar bendera jika menang.
Terdahulu, Anwar bersama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Osman bersama Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin hadir jamuan raya KEADILAN Perlis di pekan Kuala Perlis.
Dalam isu lain, Anwar berkata, Umno memainkan isu jemputan sambutan malam Ambang Kemerdekaan ke-55 dengan Istana Selangor di Shah Alam minggu lalu kerana kehabisan modal politik.
“Tidak ada isu. Tapi, tak mengapa. Kita boleh minta Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) mengadap (Sultan Selangor). Tidak ada masalah,” katanya.
Program jelajah Merdeka Rakyat diteruskan dengan program tazkirah di Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar manakala ceramah perdana jam 9 malam ini di Stadium Darulaman, Kedah.
.

0 Komen pengunjong :