KUALA LUMPUR 28 September: Isu pemberian dana oleh Pengasas Open
Society Institute, George Soros kepada NGO Malaysia sengaja dicipta
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menutup restu dan
pembabitannya dalam skandal dagangan mata wang asing atau forex hingga
menyebabkan Bank Negara rugi RM5.7 bilion.
“Mahathir sengaja alih pandangan rakyat untuk letakkan tanggungjawab krisis ekonomi serantau kepada Soros.
“Sedangkan beliau bertemu Soros pada 2006 dan mengaku Soros tak
bertanggungjawab dalam krisis kewangan Asia pada hujung 90-an,” kata
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Jelas Ahli Parlimen Batu itu lagi, pertengkaran peribadi di antara
dua kapitalis ini tiada kaitan dengan amalan ekonomi negara yang baik.
“Kedua-duanya
kapitalis dan berniaga mata wang antarabangsa. Bezanya, sama ada mereka
(kapitalis) besar atau kecil. Soros memang spekulator mawa wang. Itu
memang kerja dia.
“Masalahnya, Dr Mahathir tidak beretika (guna dana awam). Ketika itu,
Malaysia rugi besar, sebab itulah dia cuba menutup kesalahannya,” kata
Tian.
Mahathir dan Tun Daim Zainuddin menjadi punca kerugian Bank Negara
Malaysia ekoran bermain spekulasi mata wang asing sejak 1992 tetapi
menyalahkan Soros apabila berlaku krisis kewangan pada 1997. Anwar
Ibrahim kemudian menghentikan amalan itu bagi mengelakkan Malaysia dari
bankrap.
Mahathir adalah Perdana Menteri manakala Daim adalah Menteri Kewangan
ketika Malaysia terlibat dalam perniagaan dagangan tukaran mata wang
asing.
Merujuk pendedahan bahawa Mahathir pernah menulis surat kepada Soros
untuk mengundangnya menyertai projek Forum Keamanan Global, Tian
berkata, reaksi Mahathir hari ini bertentangan dengan tindakannya ketika
bertemu Soros pada 2006.
“Dr Mahathir seperti orang yang takut bayang-bayangnya sendiri,” kata Tian.
.
0 Komen pengunjong :