KUALA LUMPUR, 28 Sept : MP Pakatan Rakyat menyifatkan belanjawan 2013
yang dibentangkan oleh Kerajaan Pusat hari ini sebagai “belanjawan
pilihanraya” yang bertujuan membeli sokongan rakyat dengan banyak
pemberian secara sekali atau “one-off”.
Antara pemberian “one-off” di dalam belanjawan itu adalah
memperbesarkan Bantuan Satu Malaysia (BR1M) kepada individu bujang
sebanyak RM 250 sebulan dan rebat RM 200 telefon pintar untuk belia
berumur 21 -30 berpendapatan RM 3,000 ke bawah.
Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, berjumlah RM 251.6 bilion.
Defisit negara daripada perbelanjaan belanjawan itu dianggarkan pada
paras empat peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2013.
Manakala Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat yang diumumkan pada
Sept 26, memperuntukkan RM 234 bilion dengan defisit yang berjumlah 3.5
peratus dari KDNK.
Berikut adalah petikan respons dari MP Pakatan :
MP Sungai Petani Johari Abdul
“Ianya lebih kepada bajet betul-betul untuk PRU. Kita jangka PRU akan berlangsung Februari depan.
“Maknanya Januari org akan dapat BRIM termasuk orang muda, kemudian PRU akan diumumkan.”
MP Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad
“Jelas bahawa bajet PM seolah-olah tidak mengambil latar belakang fizikal dan hanya disusun untuk mendapatkan undi.
“Perbelanjaan sepatutnya bertanggungjawab dan ini sebaliknya (bajet Kerajaan).
“Segala pemmberian ‘one off’ bermakna Najib hanya mahukan undi untuk PRU.”
MP Kubang Kerian Salahuddin Ayub
“Asas kekuatan ekonomi tidak disentuh secara kukuh dalam bajet kali ini.
“Kena kembali kepada asas dan pecahkan sistem monopoli.
“Bajet PR lebih bersifat fundemental dan punya objektif yang kukuh untuk menyelesaikan masalah rakyat jika memilih PR.”
MP Pokok Sena Mahfuz Omar
“Bajet panik kerajaan kerana ianya berasaskan pemberian yg diumumkan
dan diakhirnya memang menyeru harapan rakyat supaya bagi peluang kepada
Umno-BN sekali lagi.
“Kerajaan panik dengan gelombang kebangkitan rakyat. Bajet yang tidak mengenengahkan reformasi kepada struktur ekonomi.
“Ada lagi unsur ketirisan dan nak kayakan kroni bukan untuk rakyat.
Dengan hutang negara telah mencecah RM476billion hutang negara, kerajaan
masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08
triliion ke dalam negara.”
0 Komen pengunjong :