Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Cuba tutup salah guna kuasa, Laporan audit lepas belanjawan

KUALA LUMPUR : Kerajaan cuba menutup kelemahan dan salahguna kuasa apabila mengeluarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) seminggu selepas pembentangan Belanjawan 2013.
Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, lazimnya LKAN perlu dibentangkan pada hari pembentangan belanjawan supaya prestasi kewangan negara dapat dinilai setahun sebelum itu.
“Ini untuk membolehkan Ahli Parlimen guna sebagai asas perbahasan. Seolah-olah ada agenda tersembunyi untuk menutup kelemahan dan salahguna kuasa,” kata Azmin.
Demikian reaksi beliau berhubung jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Aziz ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen, bahawa LKAN akan dikeluarkan berasingan, seminggu selepas pembentangan Belanjawan 2013.
“Ini perkembangan baru yang amat mengejutkan. Tempoh (bahas) terbatas, kurang dari dua minggu. Kalau LKAN diberi seminggu selepas bentang belanjawan, kerajaan cuba mengalih perhatian Ahli Parlimen untuk melihat fakta.
“Laporan ini penting. Kita tak mahu tuduh tanpa asas. Dengan LKAN, kita boleh tahu sama ada wang yang dibelanjakan mengikut prosedur. Jadi saya nak tanya Nazri mengapa ini berlaku. Kerana ia dilihat ada agenda tersembunyi,” katanya.
“Sepatutnya kerajaan yang sering mengatakan transformasi harus lebih terbuka, tidak guna alasan untuk menutup kelemahan dan penyelewengan oleh Kementerian sepanjang tempoh kewangan tahun lalu,” tegas Azmin.
.

0 Komen pengunjong :