Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Berani ke Najib 'jahit' mulut Dr M?


KUALA LUMPUR: Pilihan raya hanya boleh diadakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berani 'menjahit' mulut Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Bagaimanapun, katanya, tidak diketahui bila pilihan raya boleh diadakan kerana Najib tidak dijangka berani menutup mulut Dr Mahathir.

"Hari demi hari Najib melihat kenyataan demi kenyataan Dr Mahathir yang makin memburukkan lagi peluangnya untuk mendapatkan kemenangan yang diharap-harapkannya untuk Umno dan Barisan Nasional.

"Dengan keadaan sedemikian, Najib tidak mampu mengadakan pilihan raya dalam keadaan peluangnya kian diburukkan seperti yang berlaku kepada Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada tahun 2008 dahulu," kata Mahfuz.

Meskipun demikian, katanya lagi, Najib tidak berani menjahit mulut Dr Mahathir yang dilihat umum semakin hari semakin mengancam peluangnya.

"Menyuruh Najib menjahit mulut Dr Mahathir samalah seperti menyuruh tikus menggantung loceng ke leher kucing," katanya.

Menurut Mahfuz, kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan "kita adalah syaitan yang orang kenal" akhirnya menyebabkan Umno dan BN dipanggil sebagai 'parti syaitan' dengan begitu meluas di ruang maya.

"Dr Mahathir menggunakan simpulan bahasa atau idiom Inggeris tetapi tindakannya itu menyebakan Umno dan BN dipanggil sebagai 'parti syaitan' dengan begitu meluas di ruang maya," kata Mahfuz.

Bekas Perdana Menteri juga, kata Mahfuz, menghakis keyakinan rakyat yang mahukan kerajaan yang stabil apabila memberi gambaran jika Umno dan BN menang pilihan raya umum akan datang sekalipun, kerajaan pimpinan parti itu akan kekal lemah.

Malah, Dr Mahathir menyifatkan kerajaan yang kekal lemah itu menjejaskan pembangunan dan tidak baik untuk perniagaan.

"Memburukkan lagi peluang Najib ialah apabila bekas Presiden Umno itu memberi gambaran bahawa kerajaan Najib ialah kerajaan yang menghampiri rasuah," kata Mahfuz.

Dr Mahathir dilaporkan mengakui bahawa tindakan pentadbiran Najib membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia menghampiri kepada pembelian undi.

"Dr Mahathir memang kata perbuatan Najib itu menghampiri kepada pembelian undi atau rasuah. Tetapi, yang rakyat faham ialah kerajaan Najib mengamalkan rasuah untuk mendapatkan sokongan.

"Perkataan menghampiri yang Dr Mahathir gunakan itu hanya untuk melunakkan tetapi yang sebenarnya memang beli undi secara terang-terangan," katanya.
.

0 Komen pengunjong :