Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar terima anugerah ( AMSS ) dari Persatuan Muslim UK


KUALA LUMPUR 13 September: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima anugerah AMSS (UK) Lifetime Achievement Award 2010 (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2010) daripada Association of Muslim Social Scientists United Kingdom (AMSS UK).
Anugerah itu diumumkan AMSS UK dalam satu kenyataan pada 5 Oktober 2010 dan ia akan disampaikan Pengerusi AMSS UK, Dr Anas S Al-Shaikh-Ali pada 4 Oktober ini di universiti terkemuka, Paris Sorbonne University.
Memetik laman rasmi AMKSS UK di sini, ia diberikan atas jasa dan sumbangan besar Anwar dalam bidang politik dan pemikiran ekonomi, mempromosikan tata kelola yang baik dan komitmen beliau pada prinsip keadilan dan toleransi.
Bersempena dengan anugerah itu, Anwar akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Adakah Kebangkitan Arab (Arab Spring) berpotensi untuk menjadi Kebangkitan Muslim?’.
Syarahan dianjurkan The Institute of International and Strategic Relations (IRIS France), The Advanced Studies Research Centre (Belgium) dengan kerjasama AMSS UK.
AMSS UK adalah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization) berpangkalan di London dan komited kepada isu-isu tempatan dan global melalui penyelidikan, persidangan dan penerbitan.
Antara tokoh penerima anugerah itu adalah Edward Said (ahli akademik, penulis ‘Orientalism’), Mustafa Ceric (Mufti Besar Bosnia-Herzegovina), Seyyed Hossein Nasr (ahli falsafah Islam) dan Martin Lings (sarjana, penulis ‘Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources’).
Dalam satu program berbeza, Anwar dijadual menyampaikan syarahan bertajuk ‘Islam dan Kepelbagaian Budaya: Pengalaman Asia Tenggara’ di University of Westminster, London pada 21 September ini jam 5.30 petang.
Syarahan itu dianjurkan Program Islam dan Demokrasi, Pusat Kajian Demokrasi, University of Westminster dengan kerjasama AMSS UK.
.

0 Komen pengunjong :