Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar: Ingin memberdaya, tapi wanita diperdaya

NONE

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Wanita Pakatan Rakyat menyediakan rangka kasar program yang lebih berkesan, khususnya terhadap wanita desa dan kawasan pedalaman.

Sambil menyifatkannya cabaran besar, Anwar turut mencadangkan supaya Wanita Pakatan mencontohi pengalaman Kelantan yang dipimpin oleh PAS mendekati kumpulan tersebut.

"Mendekati wanita di bandar tidak sama dengan wanita di kawasan desa dan pedalaman. Dan cabaran kita yang besar adalah di kawasan desa dan pedalaman.

"Saya percaya rakan-rakan pimpinan PAS, DAP dan PKR tidak menjadikan ia sebagai slogan atau retorik biasa yang dilakukan, kerana sudah 50 tahun lalu dengan retorik yang sama.

"Semua ingin memberdaya dan memperkasa tetapi akhirnya bukan memberdaya tapi memperdaya....

"Sebab itu kita mahu supaya ada program (dalam) satu rangka dasar khas. Kita tidak punyai banyak masa," katanya dalam majlis perlancaran Agenda Wanita Pakatan di Shah Alam malam tadi.

'Buku Jingga' untuk wanita itu menggariskan cadangan Pakatan berkaitan dasar berkatan wanita yang akan digunakan sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya.

Anwar berkata, beliau yakin Pakatan dapat menguasai Putrajaya sekiranya semua pihak dalam gabungan itu menembusi "sedikit ruang" dengan sokongan wanita desa dan pedalaman.

"Tetapi kita perlu sedikit push di kalangan masyarakat pedalaman dan desa. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita," katanya.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan semua pemimpin utama Wanita ketiga-tiga parti dalam Pakatan.

Jelajah seluruh negara
Dalam sidang media selepas itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata Wanita Pakatan merangka strategi untuk turun ke akar umbi bagi menjelaskan kandungan agenda mereka, khususnyadi desa dan pedalaman.

Bagi tujuan itu, katanya, mereka merancang untuk mengadakan bengkel di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat mengupas dan menghadam agenda tersebut sebelum meneruskannya di peringkat Parlimen dan cawangan.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang berkata bengkel tersebut akan diadakan pada 23 September ini di Selangor.

"Kita juga ada jawatankuasa khas untuk membincang mengenai tujuh tuju tumpu itu dan ia akan dilakukan oleh kumpulan profesional dalam bidang masing-masing," kata Naib Ketua Muslimat PAS Mumtaz Mat Nawi yang turut serta dalam sidang media itu.

Kemudian Zuraida mencelah: "Kemudian kita akan menetapkan tarikh untuk menjelajah ke seluruh negara untuk menarik (tumpuan) kumpulan (wanita) tersebut."

Sebagai reaksi terhadap cadangan Anwar yang mencadangkan supaya mencontohi pengalaman Kelantan, Zuraida menyambut baik cadangan itu dan akan mengkaji, mengenal pasti strategi yang digunakan dan mengubahsuai berdasarkan keperluan dan keadaan.

Wanita Pakatan juga mengharapkan maklumbalas berhubung agenda itu daripada 25 NGO wanita yang turut hadir di majlis perasmian itu.
.

0 Komen pengunjong :