SHAH ALAM - Rakan-rakan Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) berpendirian
penubuhan panel khas royalti petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur
Semenanjung tidak perlu ditubuhkan, sebaliknya pembayaran sepatutnya
diberi secara terus kepada Kelantan.
Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, kerajaan pusat hanya
menggunakan nama jawatankuasa khas sebagai taktik Barisan Nasional (BN)
membuat persiapan dalam minit-minit terakhir menjelang Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13).
“Hak negeri Kelantan harus diberi secara adil. Jika benar mahu tubuh
jawatankuasa khas, kenapa tidak dari dulu saja? Mengapa baru sekarang?"
kata beliau.
Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan menubuhkan sebuah
jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum kepada
negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.
Menurut Najib, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua
Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar
undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri
Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri
berkenaan.
Jawatankuasa itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa
enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek
tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan,
kata Najib.
Surendran yang juga seorang peguam membidas kajian enam bulan, yang
akan dijalankan oleh jawatankuasa itu, atas alasan ia tidak masuk akal.
Jelas beliau, PKR menjangkakan tempoh enam bulan akan melepasi tarikh
PRU13 dan jelas langkah menubuhkan jawatankuasa dimaksdukan hanya mainan
politik BN.
“Jika mahu kaji selama enam bulan, PRU sudah selesai.
"Jawatankuasa hanya berpura-pura mahu selesaikan konflik ini dan
bayaran royalti belum tentu lagi akan diberikan secara terus kepada
negeri Kelantan,” tegas beliau.
Sehubungan itu tegas, beliau yakin yang Kelantan tidak akan tertipu
kerana taktik BN ini tidak akan memberi impak yang besar dan tidak akan
mempengaruhi undi dalam PRU kelak.
Tambah beliau, penubuhan jawatankuasa khas ini tidak lagi menjadi satu
isu kerana apa yang penting, Kelantan mesti mendapatkan semula hak
mereka yang selama ini dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan.
“Royalti tetap milik Kelantan. Jadi ia mesti diberikan secara adil,” tegasnya.
DAP turut berpendapat yang penubuhan jawatankuasa khas yang diumumkan
Najib semalam tidak menjadi satu isu jikapun ia tidak ditubuhkan.
Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, pemberian royalti sememangnya hak Kelantan sejak dulu lagi.
“Selama ini hak Kelantan dinafikan oleh Kerajaan Pusat, jadi saya amat
berharap mereka dapat kembalikan semula hak Kelantan yang selama ini
tidak pernah dirasai oleh rakyatnya,” kata beliau kepada Sinar Harian
Online.
Menurutnya lagi, bayaran royalti kelak mesti diberikan secara adil dan saksama kepada Kelantan, bukan menggunakan wang ihsan.
“Saya sendiri berasal dari Kelantan. Perjuangan untuk mengembalikan hak
ini sudah terlalu lama. Jadi permainan apa yang ingin dimainkan BN
dengan tubuhkan jawatan kuasa ini?” kata Ahli
.
0 Komen pengunjong :