Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Nak Sambut Hari Merdeka ke sambut Hari BN??


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa kerana kerajaan khususnya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak sensitif dalam memilih dan menentukan logo Hari Merdeka sehingga terpaksa menarik balik atau menafikan logo yang dikatakan akan digunakan sebagai logo Hari Merdeka tahun ini setelah mendapat bantahan ramai.

Bagi DPPM, sikap cuai atau sambil lewa Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dalam menentukan logo Hari Merdeka sehingga ia ‘terlepas’ ke media memberi gambaran negatif rakyat terhadap kerajaan. Jika ia hanya paparan selingan (artwork) dan bukan logo rasmi sekalipun seperti yang dikatakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim, ia  terlalu teruk dan langsung tidak mempunyai nilai seni yang tinggi. Tidak sepatutnya paparan selingan ini muncul di media-media sebagai penghias sambutan Hari Merdeka tahun ini.

Selain itu, DPPM melihat tema “Janji Ditepati” tetap tidak wajar dijadikan sebagai tema hari kebangsaan tahun ini. DPPM berpendapat, “Janji Ditepati” adalah kempen politik yang hanya boleh digunakan oleh BN kepada pengundinya, bukan daripada kerajaan kepada rakyat. Tema ini secara jelas berkempen mengenai jasa kerajaan kepada rakyat dan seharusnya rakyat menuai bakti kepada kerajaan BN. Ia juga membawa mesej seolah-olah kerajaan mengugut rakyat supaya menyokong parti pemerintah kerana hanya pemerintah menunaikan janji.

DPPM menegaskan, sambutan Hari Merdeka adalah sambutan untuk rakyat semua tanpa mengenal ideologi politik masing-masing. Kerajaan tidak wajar menyelitkan sebarang unsur politik kepartian hanya semata-mata mahukan sokongan dan undi daripada rakyat. Perdana Menteri perlu bersikap profesional dengan membuang sikap terlalu kepartian dalam merayakan Hari Kebangsaan negara ini. Adakah beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri kepada ahli UMNO atau BN sahaja dan bukan untuk rakyat seluruhnya? Jika benar beliau adalah PM kepada semua rakyat, beliau perlu menukar logo serta tema kepada yang lebih menepati citarasa rakyat yang mahukan sikap patriotsme ditanam dalam diri mereka.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

-/ buletinonline.net
.

0 Komen pengunjong :