Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Baiah PDRM; PM Syak Wasangka Kepada Polis?


KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kerajaan BN berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa meminta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) berbaiah dengan kerajaan untuk membantu mengharmonikan negara.

Menurut Ketua Penerangannya DPPM melihat tindakan kerajaan BN itu adalah usaha untuk memastikan pegawai PDRM terus terikat dengan kerajaan sama ada masih bekerja ataupun sudah pencen.
“Ini berdasarkan kepada sentimen pegawai tinggi polis kebelakangan ini menyertai Pakatan Rakyat seperti Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman serta ura-ura ada bekas pemimpin tertinggi lain PDRM yang dikatakan akan menyertai PAS tidak lama lagi,

“Cadangan ini dilontarkan mungkin kerana kerajaan BN merasa gerun dengan kebangkitan rakyat dan penyertaan bekas pegawai tinggi kerajaan khususnya dari PDRM memberi impak yang besar kepada UMNO-BN dalam Pru ke 13,”Ujarnya melalui satu kenyataan yang diedarkan hari ini.

[Gambar - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menegaskan anggota polis jangan imbang jdianggap "derhaka dan tidak bersyukur" sekiranya mengundi pembangkang kerana hak mengundi adalah hak individu]
Oleh itu, DPPM merasa musykil mengapa sekarang kerajaan mahu PDRM berbaiah dengan mereka dan apakah selama ini PDRM tidak berbaiah negara tidak berada dalam keadaan aman dan harmoni?

“Apakah Perdana Menteri menaruh perasaan syak wasangka kepada PDRM bahawa PDRM akan membelot atau mengkhianati tugasan mereka jika mereka tidak berbaiah?,”soalnya.
Justeru, DPPM bersetuju dengan pandangan Datuk Fauzi Shaari bahawa tidak perlu PDRM berbaiah kerana jika anggota polis memahami kerja mereka satu ibadah, mereka harus bekerja dengan jujur, amanah dan bersungguh-sungguh.

DPPM juga merasakan yang penting bukannya baiah, tetapi tarbiyah diterapkan dalam diri setiap anggota PDRM supaya berlaku jujur, amanah, integriti serta menjauhi rasuah.

“Dalam hal ini, kerajaan tidak perlu kerajaan menyekat pegawai kerajaan agar terus menyokong mereka melalui baiah yang dicadangkan.

“Hormati nilai demokrasi yang memberi pilihan kepada rakyat memilih parti yang mereka suka, dan itu adalah hak mereka di negara ini,”tambahnya.

-/buletinonline.net
.

1 comment :

  1. membodek gila babi pun bos tak percaya jugak.....kena bodek lagi kuat la! kasihan! kasihan!

    ReplyDelete