Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Baiah kerajaan dan polis: Taktik Najib untuk jaga kepentingan BN


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri diminta menghentikan manipulasi terhadap polis dan menarik balik gesaan beliau supaya pasukan itu dan kerajaan BN berbaiah antara satu sama lain.
Pengarah Latihan KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak wajar mengeluarkan arahan sedemikian kerana ia melanggar etika profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang seharusnya memberikan khidmat mereka kepada rakyat, bukannya menjaga kepentingan Umno BN.
“Baiah antara Umno dan PDRM juga membayangkan hubungan yang kurang sihat. Ia juga membuktikan bahawa Najib sentiasa mahu mengawal dan memastikan PDRM berada di dalam kawalannya.
“Tindakan Najib mempergunakan PDRM dengan meletakkan pasukan itu di bawah seliaan dan pengawasan beliau adalah satu penyalahgunaan kuasa dan tindakan ini tidak sepatutnya,” kata Mustaffa ketika dihubungi.
Beliau menambah, ikatan perjanjian ‘baiah’ ini juga membuat rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap PDRM.
“Kita dapat lihat selama ini banyak tindakan mereka yang tidak disenangi rakyat dan jika mereka menerima gesaan Najib ini, bermakna tahap kepercayaan rakyat terhadap mereka pasti semakin berkurangan sekaligus lebih memberi imej buruk kepada mereka sebagai sebuah pasukan yang menjaga keselamatan negara,” tegas Mustaffa.
Najib ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Berbuka Puasa PDRM bersama beliau di Pusat Latihan Polis (Pulapol) kelmarin menggesa PDRM dan kerajaan supaya berbaiah antara satu sama lain bagi menghadapi perubahan dan cabaran semasa dalam negara.
.

1 comment :

  1. Celakalah golongan yang menyalahguna kuasa untuk kepentingan peribadi atau parti, lebih-lebih lagi mengguna agama untuk tujuan tersebut.

    ReplyDelete