Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno mahu tubuh majlis ulama kerana ‘tercalar’ - Pakatan Rakyat

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa Umno mula rasa tergugat dan kredibilitinya tercabar sehingga timbul cadangan mahu menubuhkan majlis ulama.

“Kredibiliti mereka mula tergugat hingga terpaksa memberi usul untuk menubuhkan majlis ulama Umno. Ini kerana penubuhan Umno selama ini berpaksikan politik bukan agama.

“Jadi untuk memberi keyakinan kepada orang ramai, mereka terpaksa mengemukakan usul ini kerana rasa tergugat dengan perjuangan Pas yang selama ini bersama-sama Islam,” kata Salahuddin ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Tambah beliau, jika penubuhan majlis ulama Umno ini diteruskan, ia bakal terjadi sebuah polemik antara ulama dan ahli dalam parti Umno sendiri.

“Peranan ulama mungkin sekadar dipandang sepi saja kelak apabila mereka hanya mampu memberi nasihat tetapi belum tentu lagi dipakai,” katanya.

Bagaimanapun katanya, usaha Umno untuk menubuhkan majlis ulama ini harus diberi pujian kerana mereka memberi peluang untuk ulama bergerak bersama-sama dalam parti.

“Namun mereka jelas cuba meniru Pas kerana kita sendiri mempunyai Majlis Syura’ yang telah lama wujud sejak penubuhan Pas di negara kita ini,” ujar beliau.

Katanya, usaha Umno ini merupakan usaha yang positif kerana Umno cuba mencari nilai baru (Islam), dalam perjuangan parti.

Pengerusi Jawatankuasa Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya baru-baru menyentuh soal penubuhan majlis itu.

Menurut Fathul,  cadangan itu masih dalam pertimbangan kerana Umno tidak mahu penubuhan Majlis Ulama itu dianggap terlalu bersifat kepartian.

Sementara itu, PKR pula berpendapat bahawa jika Umno benar-benar serius mahu menubuhkan majlis ulama mereka sendiri, ia mesti memberi hak kepada ulama secara mutlak.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, majlis ulama ini harus diberi peluang untuk membuat keputusan jika melibatkan kepentingan agama Islam.

“Jika majlis ulama ini mampu memberi perubahan kepada Umno, ia wajar diteruskan kerana untuk bersaing dengan parti lawan, mereka perlu ada kredibiliti kukuh dalam agama,

“Namun, jika matlamatnya hanya untuk politik semata-mata, perkara ini tentu sekali akan dipandang serong oleh rakyat,” tegas beliau.
.

0 Komen pengunjong :