Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tukar Logo : Umno-BN Tidak Faham Semangat Hari Merdeka


SHAH ALAM  31 JULAI : Pengunaan ‘Janji Ditepati’ atau ’1Malaysia’ untuk tema dan logo Hari Merdeka tidak akan mewujudkankan perpaduan pada sambutan yang sepatutnya bermakna bagi rakyat Malaysia.
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata penggunaan kedua-dua tema itu mengenepikan rakyat Malaysia yang tidak menyokong Umno-BN.
Katanya, hari kemerdekaan sepatutnya dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tetapi kini diambil alih oleh politik kepartian.
Beliau berkata tindakan itu juga menunjukkan kelemahan Umno-BN dan mereka tidak ikhlas untuk menjadikan sambutan bagi seluruh rakyat Malaysia.
“Saya setuju jika pemilihan slogan hari kebangsaan dan mana-mana perayaan merupakan hak kerajaan yang memerintah tetapi mereka (Umno-BN) harus faham bahawa sambutan itu milik seluruh rakyat Malaysia.
“Dan kemerdekaan itu sendiri bukan hanya diperjuangkan oleh mereka tetapi diperjuangkan oleh semua rakyat,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.
Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan kerajaan hanya akan menggunakan logo ’1Malaysia’ bagi sambutan pada Ogos 31.
Pertukaran itu bagi mengantikan tema ‘Janji Ditepati’ selepas  ia dikritik pelbagai pihak sejak seminggu lalu.
Mengulas lanjut perkara itu, Nik Nazmi berkata pertukaran itu menunjukkan kerajaan dalam keadaan tertekan.
“Ia memalukan untuk beliau (Rais). Sudah di keluarkan dan diumumkan secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk tukar,” katanya.
.

0 Komen pengunjong :