KUALA LUMPUR : Himpunan Oren Selamatkan Felda semalam
terbukti dan teruji jika tidak ada provokasi maka himpunan akan menjadi
aman dan harmoni.
Sehubungan itu, AJK PAS Pusat, Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada
peserta Himpunan Oren dan Gerakan Selamat Felda (GSF) semalam yang
berjaya menyerahkan memorandum membantah penyenaraian FGVH ke Bursa
Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Daerah
Brickfields Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid yang
bertugas secara profesional.
Tambahnya, berbeza dengan tindakan polis yang tidak profesional pada Bersih 3.0 menyebabkan kerajaan membelanjakan RM1.8 juta.
“Wang negara hangus sebanyak RM1.8 juta ketika tindakan polis kepada
peserta Bersih 3.0 yang tidak profesional,” katanya dalam satu
kenyataan.
Katanya, Bersih 1.0 juga berakhir dengan aman kerana tanpa provokasi.
.
Polis tahan kambing gemar kejar orang
7 hours ago
Syukur...segalanya berjalan lancar dan memorandum berjaya dihantar.
ReplyDeletetumpang tanya sebab saya tak tahu, Azmin n Anuar ada ke kat Himpunan Oren tu?
ReplyDelete