Hak Peneroka Atas Felda Lupus Dengan Penyenaraian FGVH


KUALA LUMPUR 15 JULAI: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH)) membelakangi peneroka kerana ia memindahkan pemilikan dan penguasaan tanah dan aset Felda kepada pelabur, termasuk pelabur asing.
Selain itu, pemajakan tanah Felda kepada syarikat swasta merupakan langkah menyalahi Akta Penempatan Berkelompok (Group Settlement Act) 1960, menurut memorandum Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF).
Memorandum setebal sepuluh halaman itu diserahkan kepada pegawai Yang Dipertua Agong semalam di himpunan oren selamatkan Felda di depan Istana Negara di Jalan Duta.
Memorandum tersebut turut mempertikaikan perlantikan dua pegawai di dalam Felda, iaitu Datuk Sabri Ahmad sebagai Pegawai Pengerusi Eksekutif dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda.
Ia mendakwa Sabri mempunyai rekod buruk semasa beliau berkhidmat di syarikat ladang
Golden Hope manakala Isa, yang merupakan pemimpin Umno pernah disabitkan kesalahan rasuah oleh Lembaga Disiplin Umno.
Memorandum itu turut senaraikan lima justifikasi mengapa penyenaraian FGVH perlu ditolak seperti kes ‘jutawan gagal’ di lima skim Felda sebelum ini.
Sebaliknya GSF menyarankan agar tanah 360 ribu hektar milik Felda Plantation diserahkan kepada generasi kedua, ketiga dan rakyat Malaysia yang layak menjadi peneroka baru serta.
Ia juga mencadangankan agar perumahan untuk generasi kedua dibangunkan di rancangan baru Felda dan juga di kawasan Felda sedia ada.
Selain itu, koperasi peneroka juga dicadangkan untuk mengurus ladang peneroka.
.

1 comment :

  1. habis tergadai satu satunya hak melayu yang ada ,tapi sayang telah digadai olih pengkhianat bangsa dan negara iaitu umno bn,kita tumbangkan umno bn pada pilihanraya akan datang undilah pakatan rakyat

    ReplyDelete