Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib Memang Biasa ‘Mengharamjadahkan’ Orang


KUALA NERUS – Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, rakyat Malaysia tidak perlu hairan dan terkejut ketika Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak menghina peneroka Felda dengan perkataan ‘Haram Jadah’.

Menurutnya, perkataan seumpama itu sudah biasa bermain di bibir Najib.“Najib ni satu hal juga, seorang pemimpin yang ‘mengharamjadahkan’ orang lain, tetapi jangan hairan (kerana) kata-kata kesat ini keluar dari (mulut) dia (adalah) satu perkara biasa,

“kalau dia (berada) di Pekan (Pahang) itu dia tengok (orang miskin) dia cakap ini (orang) papa kedana, (orang) bangsat,

“sebab itu bila dia sebut ‘Haram jadah’ itu memang perkara biasa memang cara dia begitu,”ujarnya.

Beliau yangjuga bekas ADUN Umno Pulau Manis, Pekan, mendakwa perbelanjaan yang tinggi dalam pembinaan sesuatu lebuh raya adalah sebenarnya permainan pemimpin Umno.

Katanya, kos sesuatu lebuhraya itu akan meningkat dua kali ganda apabila ia telah ‘diUmnokan’.

“pembinaan lebuhraya adalah satu lagi siri pembohongan pemimpin Umno, sebab itu bila dia buat ‘highway’ bermakna harga pembinaan itu telah ‘diUmnokan’ maknanya (kos meningkat) dua kali ganda,

“projek Lebuhraya Utara Selatan dulu harga sebetulnya RM3 bilion, tetapi apabila berbincangan diantara ‘geng-geng Umno atas’ dia kata ini tak betul, tak mencukupi, kita mesti ‘Umnokan’,

“kos pembinaan Lebuhraya Utara Selatan jadi RM6 bilion,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas Haji Salleh Embong yang berucap sebelumnya, dalam Majlis Ceramah meraikan penerimaan sijil keahlian PAS oleh bekas-bekas ahli Umno di Kampung Banggol Donas pada Isnin 2 Julai.

Mereka adalah 80 orang yang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS di Kampung terbabit, diketuai oleh Haji Salleh Embong yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus sebagaimana dilaporkan Buletinonline pada 9 Disember 2011.

Sehubungan itu, Datuk Ariff turut mendedahkan, tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional menyenaraikan Felda di bursa saham adalah satu ‘pemerahan sumber’ orang Felda supaya segelintir pemimpin Umno mendapat laba lumayan.

Sedangkan menurutnya, para peneroka Felda yang telah 56 tahun mengrah tenaga dan membanting tulang hanya mendapat terlalu sedikit dari keuntungan penyenaraian tersebut.

“dia (para pneroka) hanya dapat 810 unit (saham) premium 75 sen dia dapat RM600 bekerja macam lembu 56 tahun (itu pun) kena tolak pinjaman bank RM200 (bakinya) cuma RM400 campur pendahuluan (berjumlah) RM15,400.00,

“sebab itu Najib beri rasuah pendahaluan RM15,000 sebab dia tahu apabila Felda diapungkan premiumnya tidak begitu tinggi, tetapi puak-puak yang tidak bersangkut paut dengan Felda buat duit banyak,

“geng-geng, puak-puak Umno (dan) menteri-menteri (dapat) 3 juta unit saham bermakna dia dapat RM2.3 juta free sahaja (secara percuma),”tegasnya.

-/ Buletinonline
.

0 Komen pengunjong :