Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hormati wanita, hentikan politik kotor


KUALA LUMPUR 6 Julai: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru semua pihak tanpa
mengira fahaman politik mengambil pendirian tegas dan menghentikan segera budaya politik kotor.
Beliau merujuk kepada serangan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Betty Chew berhubung tuduhan hubungan suaminya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan seorang bekas pekerjanya.
Katanya, serangan ke atas Chew adalah tindakan pengecut yang ditujukan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.
“Serangan ganas itu juga menunjukkan corak yang jelas satu pembunuhan karakter yang berterusan terhadap musuh politik.
“Ia jelas menunjukkan pemimpin Umno BN bankrap idea dan tidak mampu menawarkan polisi dan agenda yang baik kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Meluahkan rasa marah dan kesal terhadap politik jijik berterusan Umno BN, beliau menyatakan simpati ke atas Chew dan
mendoakannya terus kuat dan berdiri teguh berdepan arus serangan yang tidak bertanggungjawab dan tanpa etika.
Justeru, beliau meminta semua ahli politik untuk menegakkan dan menghormati maruah wanita, serta menyeru pemimpin wanita Umno BN untuk turut mempertahan ruang politik yang sihat dan bersih untuk golongan wanita.
“Saya percaya semua wanita, sebagai ibu dan isteri, dapat memahami situasi sukar yang dideritai Chew,” kata beliau lagi.
Pada 2 Julai lalu, Adun Duyong, Datuk Gan Tian Loo dari MCA meminta Chew menjawab tuduhan mengasari seorang
wanita yang pernah berkhidmat di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang kerana kononnya mempunyai hubungan dengan
suaminya.
Semalam, Guan Eng menafikan tuduhan itu dan mengatakan Tian Loo menyalahgunakan kekebalan Dewan Undangan
Negeri dan mencabar beliau mengulangi tuduhan itu di luar Dewan.
.

0 Komen pengunjong :