Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Siasat Najib, hentikan OSA terhadap Rafizi!


KUALA LUMPUR : Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, siasatan polis terhadap Rafizi Ramli bertujuan untuk melindungi Perdana Menteri dan menakut-nakut serta mengganggunya berikutan pendedahan skandal projek Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang.
“Saya amat bimbang kerana polis sedang menyiasat Rafizi, Pengarah Strategi KEADILAN yang telah mendedahkan butir-butir kontrak LRT Ampang.
“Mereka malah seolah-olah tidak menunjukkan minat dan kepentingan dalam pendedahan ini, suatu tender penting diberikan kepada pembida tidak berkelayakan iaitu George Kent yang juga melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” jelas Azizah dalam satu kenyataan.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin mengumumkan penubuhan pasukan khas bagi menyiasat pendedahan dokumen tender kontrak sambungan projek LRT Ampang yang disifatkannya sebagai rahsia kerajaan dan sedang menyiasat perkara itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
“Kenyataan Bakri jelas menyatakan beliau berat sebelah dalam memihak kepada Najib dan Barisan Nasional,” katanya.
Wan Azizah berkata, polis lebih berminat untuk mempertahankan OSA, undang-undang zalim yang digunakan untuk melindungi mereka yang berkuasa.
“Mengapa kontrak projek infrastruktur awam dibayar dengan menggunakan wang rakyat yang diletakkan sebagai rahsia negara? Apakah butiran yang didedahkan ini akan menjejaskan keselamatan negara kita?” soal beliau.
“Rafizi telah mendedahkan penyelewengan dana, beliau sepatutnya dipuji dan bukan ditindas,” kesalnya.
Tambah Azizah, tindakan itu membuktikan polis gagal mengekalkan kebebasan mereka dan mengkhianati kepercayaan orang ramai.
“Jika polis mahu memulihkan kredibiliti mereka, hentikan usaha menakutkan Rafizi dengan siasatan OSA, sebaliknya menyiasat peranan Najib sebagai suspek dalam skandal itu,” tegas beliau.
.

0 Komen pengunjong :