Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib berat sebelah, bisu bila pimpinan PR diserang


SUBANG JAYA : Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bersungguh-sungguh mendakwa pimpinan Pakatan berhubung himpunan Bersih 3.0 sangat berat sebelah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru itu berkata, sehingga kini, pentadbiran Najib kekal membisu berhubung keganasan politik oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pro Umno terhadap pimpinan Pakatan.
“Sebagai contoh, sudah tujuh laporan diterima Ketua Polis Daerah Barat Daya, Mohd Hatta Mohd Zain mengenai keganasan politik dilakukan Perkasa (Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, namun sehingga kini tiada tindakan.
“Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga membisu berhubung keganasan politik NGO pro Umno itu,” katanya pada sidang media dekat sini hari ini.
Turut hadir, lain-lain Adun dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Selangor.
Selain Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Azizan Razak (Kedah), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Kelantan) turut diserang NGO pro Umno dari pelbagai sudut.
Semalam pula, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin didakwa bersubahat memecah sekatan ketika himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Dakwaan itu merupakan tuduhan ketiga dihadapi mereka yang sebelum ini didakwa atas tuduhan menyertai himpunan itu dan melanggar perintah mahkamah, sekaligus antara terawal didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman.
.

0 Komen pengunjong :