PRU musim haji boleh timbulkan fitnah - Dr Juanda Jaya


KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menegaskan, mengundi pada pilihan raya adalah wajib dan ia harus diberikan keutamaan bagi memberikan kekuatan kepada umat Islam.
Dipetik Sinar Harian, beliau turut berkata, pilihan raya umum yang diadakan dalam musin haji adalah satu tindakan yang tidak wajar, dan boleh mendatangkan fitnah kepada umat Islam di negara ini.
Jelas Juanda, jika kerajaan tidak mengambil tindakan yang adil secara menyeluruh, umat Islam juga akan mengalami kelemahan dari segi politiknya.
“Janganlah mewujudkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam dalam soal ibadah mereka kerana kecelaruan dan perangai kurang cerdik orang-orang politik,” katanya kepada Sinar Harian.
“Jika benar ia diumumkan dalam musim haji nanti, baru kita menyatakan soal hukum kerana bercakap mengenai hukum terhadap perkara yang belum berlaku agak kurang cerdik dan boleh mendatangkan huruhara,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid kelmarin bahawa membatalkan niat menunaikan fardu haji kali pertama adalah haram.
Mohd Tamyes sebelum ini berkata, jika dibatalkan niat itu hanya kerana perkara duniawi, seseorang itu akan dianggap mati dalam keadaan jahiliah jika belum sempat menunaikan Rukun Islam Kelima itu.
Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu ahlinya menangguhkan niat menunaikan haji pada tahun ini bagi memberikan fokus kepada PRU13.
Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelmarin, menegaskan haji bukan ibadat yang perlu disegerakan dan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan supaya  pilihan raya tidak dilaksanakan dalam musim haji kerana ibadat itu sangat penting bagi umat Islam.
.

0 Komen pengunjong :