Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Presiden PAS gesa rakyat Johor berubah


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru rakyat Johor untuk membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat menuju Putrajaya sepertimana yang ditunjukkan oleh beberapa tokoh Umno dan bekas pemimpin polis dan tentera yang kini menyertai perjuangan gabungan itu.

Bahkan, Abdul Hadi juga menggesa supaya rakyat negeri ini tidak menjadi seperti "ekor cicak" dalam usaha untuk menuju perubahan supaya tidak ketinggalan.

"Kita berharap orang Johor juga ikut buat perubahan. Kita tidak mahu orang negeri lain berubah, Johor tak berubah.

"Johor jadi ekor cicak. Ekor cicak kita tahu lah, putus ekor dia... (bunyi ekor menggelepar) tinggal situ saja. Jangan!. Johor mesti buat perubahan sama," katanya yang diiringi ketawa para hadirin.

Berucap kepada lebih 500 hadirin  di Majlis Jamuan Rakyat di Tongkang
Pechah dalam parlimen Batu Pahat petang ini, Abdul Hadi berkata rakyat perlu menjadi hakim untuk menentukan pemerintahan dalam menepati maksud demokrasi.

Dengan memberi contoh Abdul Hadi berkata rakyat Amerika menolak presiden Nixon yang didakwanya menipu dalam pilihan raya selepas mahkamah membuktikannya dan rakyat Perancis menolak bekas presiden negara itu Sarkozy yang didakwanya menerima wang daripada Muaamar Gadafi.

"Tempat kita (lagi) dapat duit, lagi sokong. Tetapi di barat walaupun pentingkan kebendaan, tetapi mahu sistem (pentadbiran) negara yang baik," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Abdul Hadi berkata peluang PAS  untuk menang dalam pilihan raya "tidak mudah tetapi tidak mustahil" untuk mencapainya.

Katanya lagi pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat di negeri itu
mencapai tahap "95 peratus".

Ditanya berapa kerusi PAS akan bertanding, ahli parlimen Marang itu berkata: "Tunggu pada hari penamaan calon".

"Kita yakin mempunyai calon Pakatan yang cukup untuk mentadbir negara dan negeri," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mazlan Aliman yang ditemui Malaysiakini selepas sidang media berkata PAS Johor bertanding 28 hingga 31 kerusi DUN dan lapan kerusi parlimen.

Menurutnya lagi, pada kemuncak himpunan Hijau peringkat negeri itu pada 29 Jun ini, beberapa tokoh pemimpin, bekas pegawai polis dan tentera serta  selebriti akan menyertai parti itu.
.

0 Komen pengunjong :