Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Politik Fitnah, Ugut; Politik 'Zaman Batu'


KUALA TERENGGANU - Ahli Jawtankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad menyifatkan politik fitnah dan ugut yang menjadi amalan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi sesuai di amalkan dalam demokrasi zaman melenium baru masakini.

Beliau berkata tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang meneruskan ‘stail politik zaman batu’  itu seolah-olah melawan arus yang besar dan memberi persepsi buruk kepada kerajaan Umno-BN.

Oleh itu, katanya adalah tidak wajar  pemimpin Umno-BN menyalahkan media baru yang dituduh ‘kononnya’ menyebarkan fitnah.

“Tan Sri Muhyiddin Yasin cuba menutup kelemahan BN yang semakin terhakis sokongan dengan  menyalahkan media baru yang menyebarkan fitnah kepada BN sehingga orang mula benci  dan membentuk persepsi buruk dengan Umno BN,

“(sedangkan) selama ini yang membuat fitnah ialah  ‘cyber trooper’ pro Umno cuba menggunakan media baru untuk memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat namun tetap tidak berjaya,”katanya dalam satu kenyataan kepada pihak media.

Menurutnya, fitnah terbaru yang dilakukan oleh kumpulan tersebut adalan gambar  Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang di ubahsuai, bersalam dengan Ambiga.

Beliau mendedahkan, sebenarnya gambar tersebut adalah gambar  Ambiga bersalam dengan Hillary Clinton.

“Sebelumnya gambar YAB  Lim Guan Eng menyembelih lembu korban, hakikatnya ialah gambar Datuk Seri Haji Nizar Jamaludin yang sedang menyebelih lembu korban,”jelasnya

Menjawab kenyataan Muhyiddin, Ustaz Idris mempersoalkan, apakah beberapa isu yang didedahkan media baru tentang keburukan Umno-BN adalah hanya persepsi?

“Apakah isu NFC yang diberi kepada suami Sharizat sebanyak RM250 juta satu persepsi? (gambar atas) Adakah cerita hapus hutang sebanyak RM589 juta kepada Tan Seri Tajudin Ramli satu persepsi? Sedangkan anak-anak muda yang berhutang dengan PTPTN sebanyak RM30,000 dikejar sampai dalam kelambu!

“Apakah satu fitnah apabila pemimpin PR mendedahkan isu kontrak bernilai RM30.8 juta yang melibatkan syarikat Istijuara Sdn Bhd milik anak Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Adakah  Raja Farhana Raja Nong Chik akan mendapat projek sebanyak ini jika bukan anak Raja Nong Chik,”tegasnya

-/buletinonline.net
.

0 Komen pengunjong :