Isu politik paling panas, paling bodoh sehari dua ini ialah isu
pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel).
Agak terlambat untuk saya mengulas isu ini tetapi kerana ia penting
biarlah saya memberi sedikit pandangan sebagai melengkapkan blog ini.
Semasa dalam perjalanan ke Jeli petang kelmarin dulu wartawan akhbar China Oriental
telah menghubungi saya minta komen mengenai isu berkenaan. Tidak pasti
apakah komen saya itu disiarkan atau tidak kerana saya tidak membaca
akhbar Cina itu.
Wartawan itu minta pandangan saya mengenai tindakan Pengerusi PTPTN
Ismail Mohamed Said yang mengumumkan perkara itu di mana tindakan
mendapat sokongan menteri pengajian tinggi Khalid Nordin dan juga
menteri pelajaran merangkap TPM, Udin anak Yassin.
Saya percaya Ismail membuat pengumuman membekukan pinjaman itu sesudah
merujuk kepada menteri dan TPM itu atau atas arahan menteri. Kata Khalid
Nordin pembekuan itu untuk menguji sejauh mana kerajaan Selangor dapat
membela dan membantu pelajar universiti berkenaan. Kenapa Unisel
dijadikan mangsa kerana universiti itu berada di bawah bidang kuasa
kerajaan Selangor.
Saya yakin itu itu musthail kalau ianya hanya pandai-pandai Ismail saja.
Walaupun intelektual politik Ismail tidak setinggi mana tetapi dia
tidak tergamak untuk menganiaya pelajar Unisel dengan membekukan
pinjaman itu. Saya percaya ia adalah idea Udin anak Yassin bersama
Khalid Nordin sama. Dua-dua orang Johor.
Kononnya tindakan itu hendak mengajar kerajaan Selangor dibawa pimpinan
Khalid Ibrahim dari PKR yang mahu mansuhkan tabung pendidikan berkenaan
dan diganti dengan kaedah lain. Menteri mahu kerajaan Selangor
terngangga dengan tindakan itu. Bagaimana pun tindakan itu atas apa juga
maksud dan tujuan ia satu tindakan diluar perikemanusiaan dan peri
politik orang Melayu yang disinonimkan bersendikan adat dan agama.
Berkaitan pertanyaan wartawan akhbar China Oriental itu saya
menjawab begini; tindakan itu saya sifatkan tindakan tidak tamadun dan
politik bodoh. Tahap bodohnya lebih teruk daripada lembu laki Sharizat
yang memelihara lembu di kondominum. Tidak sepatutnya PTPTN dijadikan
modal politik murahan. Adalah sangat kohong kalau pendidikan dilacurkan
untuk kepentingan politik. Perbuatan itu sebenarnya dari segi moralnya
lebuh teruk dari liwat dan 'mengecung' orang.
Saya jelaskan tindakan itu tidak akan berjaya. Kerajaan Selangor tidak
akan tertekan. Kalau pun bantuan dan pinjaman itu tidak diberikan,
kerajaan Selangor ada idea dan ikhtiar lain untuk membantu para
pelajarnya. Kerajaan Selangor nboleh mengcairkan beberapa asetnya untuk
membantu pelajar dan dunia pendidikan. Makanya isunya di sini bukan soal
mampau atau tidak apakah ia wajar diperlakukan begitu.
Tindakan ini saya anggap sebagai gambaran keadaan kehilangan akal para
pemimpin Umno. Kalau para pemimpinya masih waras mereka tidak akan
tergamak membekukan pinjaman itu walaupun atas tujuan untuk menguji atau
pun hendak mengajar kerajaan Selangor. Tidak mustahil kalau menteri
pengangkutan dan perdagangan pula selepas mengumumkan agar mana-mana
orang tidak suka dan menantang UBN tidak dibenarkan menggunakan jalan
raya. Tidak mustahil akan berlaku bila tahap politik sudah menjadi
'mumut'.
Wartawan itu juga bertanya pandangan saya, sejauh manakah benarnya
dakwaan dan kebimbangan kerajaan UBN kalau PTPTN dimansuhkan negeri akan
bankrup. Saya jawab biarlah kalau negara bankrup kerana wang yang
membankrupkan negara itu untuk kepentingan pendidikan rakyat negara ini
juga. Tidak sia-sia kalau wang itu habis asalkan rakyat mendapat ilmu.
Dengan ilmu yang mereka perolehi hasil bantuan kerajaan itu juga nanti
mereka akan membela negara ini.
Wartawan itu juga tanya disegi implikasi politik kepada UBN. Saya jawab
ia tidak memberi kelabaan kepada UBN. Pertama orang akan marah apabila
UBN mempolitikkan isu untuk kepentingan mereka. Pendidikan, kesihatan,
pertahanan, makanan, air dan sebagainya adalah modal asal yang menjadi
milik semua rakyat. Jadi jangan perdagangkan ini semua kalau anda tidak
mahu dibenci rakyat.
Akhirnya kerana tekanan dan dimarahi oleh semua orang termasuk pelajar
Unisel dan juga Ketua Pemuda Umn0 pembekuan itu ditarik balik. Penarik
balik ini sekali lagi meletakkan pemimpin UBN khasnya Udin anak Yassin,
Khalid Nordin dan Ismail Mohamad Said orang yang tidak mempunyai prinsip
dan kredibiliti. Orang boleh menilai setinggi mana nilai dan juga daya
politik mereka.
Tarik atau tidak apabila UBN telah mengemukakan cadangan itu menyebabkan
rakyat tahu bahawa serendah itu pemikiran pemimpin kerajaan UBN dan
jelas mereka bangsa yang cemburu, dengki dan dendam dengan rakyat.
Natijah besarnya tindakan politik dangkal itu menguntungkan pihak
pembangkang. Sudah pasti pelajr yang merasakan mereka menjadi mangsa
dengan tindakan acah-acahan itu akan menganggap pembangkang dan orang
yang menentang tindakan pembekuan itu sebagai hero mereka. Selamanya
mereka akan berterima kasih dan menyokong hero dan wira itu. Jadi di
sini yang terngangga sehingga mulut dimasuki lalat dan langau ialah para
pemain politik yang tolol dan bangang itu seperti Ismail, Udin dan
Khalid itu. [wm.kl. 12:52 t/hari 10/06/12]
-/MSOmelayu
.
0 Komen pengunjong :