KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir
Toyo hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Dr Mohamad Khir,
anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang sejak 1999,
memberitahu Bernama: “Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan
berehat. Tidak ada alasan lain.”
Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana
kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah
Alam, bernilai RM3.5 juta.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis tahun lepas telah menjatuhi
hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes
itu kini di peringkat rayuan.
Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai Menteri Besar apabila
kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti
PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU 2008.
Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.
Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding
itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang
diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.
“Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baharu, itu tidak jadi
masalah,” kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor
yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri
itu pada 18 Ogos 2000.
.
LIVE STREAM TV PENANG & live siaran lansung ceramah pakatan rakyat( TV PAKATAN RAKYAT )JOM DENGAR CERAMAH CERAMAH ISU TERBARU DARI PAKATAN RAKYAT DI SINI
ReplyDelete>>>>>> http://vecasts.blogspot.com/2012/06/penang-tv-live-stream-malaysia.html <<<<<