Sistem
demokrasi di Malaysia khususnya dalam konteks hak berpilihan raya kini
sudah sampai ke satu titik noktah bila mana penentuan tarikh pilihan
raya terletak bulat-bulat di tangan Presiden UMNO merangkap Perdana
Menteri Malaysia – kini disandang oleh Najib Razak.
UMNO-BN mewarwarkan bahawa demokrasi Malaysia ini tulen dan telus,
kini nyata sekali sekadar retorik politik. Demokrasi memang bukan
sekadar pilihan raya lima tahun sekali, ia memerlukan pilihan raya yang
bersih, telus dan adil. Hak berpilihan raya ini sudah menjadi hak awam.
Bagaimana mungkin hak-hak awam, yakni hak warganegara yang bertamadun
ini, dikuasai oleh hanya satu tangan tunggal, iaitu di bawah kuasa PM
seorang diri?
Sungguh pun ia bukanlah suatu kesalahan dari segi perundangan, moral
demokrasi itu tidak ada. Mengapa kita katakan demikian? Kerana, dalam
apa jua sistem atau undang-undang, nilai moral adalah menjadi roh kepada
keutuhan sistem tersebut. Tidak mungkin undang-undang atau sesuatu
hukuman itu, tidak mengambil kira kesan terhadap hal moraliti.
Adalah jelas menunjukkan bahawa teka-teki berhubung tarikh pilihan
raya, pembubaran Parlimen dan sebagainya, secara langsung akan memberi
kesan kepada urusan harian rakyat. Urusan kerja dan tugas, urusan
sekolah, urusan jual beli termasuk bayaran hutang akan tertangguh,
urusan percutian bersama keluarga – semua ini akan menjadi alasan dan
sebab terganggunya aktiviti ekonomi dan sosial.
Kesan ini lebih hebat kepada rakyat daripada kesan usahawan Melayu
pro-UMNO berkereta mewah yang menyamar sebagai penaja kecil untuk
merungut tentang perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.
Jenaka demokrasi UMNO
Hingga baru-baru ini, pihak PAS telah memberi isyarat dan peringatan
kepada ahlinya agar menangguhkan hajat menunaikan haji semata-mata
kerana ‘culaan’ tarikh pilihanraya. Lantaran itu berhujahlah puak-puak
UMNO dengan menggambarkan seolah-olah PAS telah melanggar syariat Islam.
Inilah lawak jenaka yang menyedihkan bila mana isu ibadah haji,
tanggungjawab sebagai Muslim telah dikelirukan oleh juak UMNO. Isu ini
pun nak guna untuk raih undi, miskin sekali kempen politik mereka.
Kini, rasional kuasa penentuan pilihan raya di tangan seorang Perdana
Menteri tidak lagi relevan dalam dunia serba canggih. Dalam kalendar
Islam, telah jelas bagaimana sesuatu tarikh ibadah puasa atau Idulfitri
itu ditentukan oleh kaedah hisab dan rukyah. Mengapa UMNO tidak mahu
belajar darinya?
Di negara-negara yang kita anggap sekular dan tidak Islam, bangsa dan
budaya mereka masih boleh membezakan antara hak awam dan hak seorang
Perdana Menteri. Hak-hak ini tidak menindih antara satu sama lain.
Jika Tun Mahathir Mohamad bilang ‘demokrasi ada batasannya’, maka
benarlah demokrasi kebudak-budakan UMNO, yakni hanya pemimpin UMNO yang
tentukan apa itu demokrasi manakala yang lainnya, termasuk definisi
demokrasi sebenar, dianggap mahu menggulingkan kerajaan.
Kita tidak boleh biarkan lagi sistem sebegini diteruskan lagi.
UMNO-BN tidak serius untuk reformasi kerajaan. Segala macam programnya
untuk transformasi hanyalah pembaziran wang cukai rakyat untuk
mengekalkan kuasa mereka tanpa mempedulikan rakyat.
Pakatan Rakyat telah pun membuktikan iltizam dan amalan di
negeri-negeri yang mana mereka diberi mandat. Pakatan memang cakap
serupa bikin. Cara untuk mereformasikan negara kita adalah dengan
memberikan kemenangan kepada Pakatan pada pilihan raya umum kali ini. –
Roketkini.com
.
Kalau PR berjaya ke PUTRAJAYA nanti kami harap tarikh pilihan raya mestilah ditetapkan jauh lebih awal lagi.....janganlah ikut cara UMNGOK yang tak bertamadun.
ReplyDelete