Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Belum ada KSN macam Ali Hamsa

KUALA LUMPUR: “Kenyataan media pertama Datuk Dr Ali Hamsa setelah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) amat dikesali dan dibantah,” ujar Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohhd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, kenyataan Ali untuk penjawat awam setia kepada kerajaan yang ada dan menolak janji pembangkang sudah menunjukkan bahawa beliau bukan orang yang tepat menjawat jawatan KSN.

“Belum pernah mana-mana KSN sebelum ini secara terang-terangan menyatakan sikap politik kepada penjawat awam dan meminta semua penjawat awam menyokong kerajaan yang ada dan menolak pembangkang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, Teras berpendirian jika KSN dipilih kerana sikap politik dan bukan atas merit professionalisme maka sendi kestabilan negara iaitu pentadbiran awam akan runtuh.

“Kami percaya beliau sepatutnya faham betul etika penjawat awam sebelum memegang jawatan KSN. Tidak faham atau sengaja tidak faham menggugurkan kelayakannya untuk dilantik sebagai KSN,” ujarnya.

Beliau berkata, jika seorang ketua pentadbiran awam menggugurkan etika utama dalam pentadbiran awam iaitu bersikap neutral dan bertindak adil kepada semua rakyat di negara , maka dia tidak boleh memimpin jentera pentadbiran awam lagi.

Katanya, Teras membantah keras dan mengutuk jika pentadbiran awam dicemari oleh manipulasi politik tidak berertika yang boleh memporak-peranda pengurusan awam.

“Adakah hak beliau untuk menyatakan kakitangan awam mesti hanya menyokong kerajaan yang ada?” soalnya.

Beliau menambah, di manakah tercatat dalam Perintah Am bahawa penjawat awam mesti hanya menyokong kerajaan.

“Jika persoalan asas ini tidak diketahui kami berpendapat jawatan KSN tidak boleh diserah kepada beliau. Sebabnya jelas, jawatan tersebut tidak  boleh diberi kepada orang yang didapati bias dari segi politik,” katanya.

Ini, ujar beliau kesannya amat jauh kerana sistem pemisahan kuasa esksekutif, kehakiman dan legistatif dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan akan runtuh kerana jentera kerajaan diketuai oleh KSN yang berkhidmat kepada parti politik bukan kepada rakyat.

“Teras menggesa Datuk Dr Ali Hamsa menarik balik kenyataan beliau jika rakyat mahu diyakini bahawa pentadbiran awam tidak berfungsi di bawah arahan parti politik,” ujarnya.

Mohd Azmi berkata, rakyat tidak akan menghormati KSN jika beliau dilihat orang yang dilantik kerana kecenderungan parti politik.
.

0 Komen pengunjong :