Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

'Beku pinjaman PTPTN umpama gali kubur sendiri'

Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Hussin berkata arahan menteri pengajian tinggi membekukan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada siswa universiti bawah kerajaan negeri kini memakan diri ekoran desakan dan kecaman termasuk oleh akar umbi parti komponen BN.

Tambahnya, arahan yang disokong timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga menteri pertanian Datuk Seri Noh Omar itu "adalah berniat jahat yang akhirnya memakan diri sendiri."
"Kita percaya pembekuan ini ditarik balik kerana tidak tahan dengan desakan dalaman dan luaran atau juga (menteri pengajian tinggi) Datuk Seri Khaled Nordin baru sedar bahawa pembekuan ini seumpama menggali kubur untuk dirinya dan Umno," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga percaya bahawa Khaled Nordin – yang didakwanya sebagai calon untuk jawatan menteri besar Johor yang baru – akan dipersalahkan apabila BN gagal merampas Selangor ekoran isu pembekuan pinjaman ini.
Selepas ini, Khaled Nordin akan dijadikan kambing hitam sebagai punca kekalahan Umno-BN, nasib yang sama dialami (bekas menteri besar) Dr Khir Toyo.
"Kita berterima kasih kepada Khaled Nordin yang juga disebut-sebut bakal menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman, Muhyiddin dan Noh yang telah menggagalkan transformasi yang dicanang  perdana menteri," katanya lagi.

Beliau mengulas laporan hari ini yang menyebut bahawa PTPTN mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor.

Khaled Nordin hari ini dilaporkan Utusan Online sebagai berkata tindakan menarik balik pembekuan pinjaman itu diambil ekoran "rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar."
Khaled memutuskan demikian susulan keputusan kerajaan Selangor untuk menggunakan hartanah seluas 500 ekar bagi membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian.
Keputusan itu juga dibuat selepas menerima tentangan keras, termasuk daripada ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menyifatkan sekatan pinjaman tersebut sebagai "politik buruk" dan tindakan yang salah dari segi moral.
.

1 comment :

  1. Ni seekor lagi yang tak tau bahasa.....pe la nak jadi dengan manusia cam ni...cuba lak nak pengaruhi orang lain....hehehhe bodooooooooooooo

    ReplyDelete