Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Syarikat penaja tarik diri, Utusan layak dibakul sampah – Nik Nazmi


KUALA LUMPUR 4 Mei: Akhbar kawalan Umno BN, Utusan Malaysia yang kini lebih cenderung menyebar bahan lucah dan fitnah boleh dilabelkan sebagai akhbar bakul sampah, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pengarah Komunikasi KEADILAN itu berkata, tidak hairanlah semakin ramai rakyat menjauhkan diri daripada akhbar itu sehingga ada syarikat penaja tidak mahu terlibat dengan program dianjurkannya.
“Tidak dinafikan pada awal penerbitan, mereka merupakan saluran utama rakyat menyuarakan pendapat. Kini ia merupakan ‘pemangkin fikiran lucah dan fitnah’.
“Rakyat semakin bijak menilai. Jadi tidak hairan orang ramai menjauhkan diri daripada akhbar ini.
Terbaru, saya dimaklumkan ada syarikat menarik diri daripada menjadi penaja mereka kerana tidak mahu terpalit dengan persepi negatif,” katanya dihubungi Keadilan Daily.
Selepas gambar lucah palsu Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali tersiar di muka depan Utusan Malaysia, Pretty Peektures iaitu pemilik jenama Motion Peektures menarik diri sebagai salah satu penaja Pertandingan Gerbang Cinta Mega Utusan 2012.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan dalam akaun facebooknya, penarikan diri itu disebabkan imej buruk masyarakat terhadap Utusan kini terpalit kepada syarikat itu sebagai salah satu penaja.
“Harap pihak Kumpulan Utusan sedar bahawa segala tindak tanduknya membawa impak kepada penaja-penaja mereka yang saban tahun mencurah wang ringgit dan keringat dalam menjayakan program mereka,” kata kenyataan itu dipetik.
Azmin menjadi mangsa terbaru fitnah bloger Umno kononnya beliau melakukan adegan seks dalam tandas.
Gambar itu kemudian dipapar pada muka hadapan Utusan Malaysia 2 Mei lalu.
.

0 Komen pengunjong :