PETALING JAYA : KEADILAN menggesa Perdana Menteri menubuhkan tribunal bagi menyiasat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Timbalannya yang merupakan ahli Umno.
”Kami akan menulis secara rasmi kepada (Perdana Menteri) Datuk
Seri Najib Razak menggesa penubuhan tribunal ini. Surat rasmi akan
diserahkan secara tangan ke Pejabat PM 10 Mei ini.
“Kebebasan pilihan raya umum akan datang bergantung kepada
kredibiliti SPR. Maka, Najib sewajarnya tidak melengah-lengahkan
penubuhan tribunal ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat
KEADILAN, dekat sini petang tadi.
Pada 27 April lalu, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution
Ismail mendedahkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan
Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Omar adalah ahli Umno.
Saifuddin menjelaskan nombor keahlian Abdul Aziz 113804 dan
berdaftar di Cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)
Lembah Jaya dalam Parlimen Ampang, Selangor.
Manakala nombor keahlian Umno bagi Wan Ahmad pula 2374564, beliau
berdaftar dalam Cawangan Kubang Bunggor DUN Chetok, Parlimen Pasir Mas,
Kelantan.
Rafizi berkata, pendedahan itu memberi kesan besar terhadap Perlembagaan Negara.
Menurut beliau, peruntukan Perlembagaan mengenai pelantikan
dan keanggotaan SPR adalah jelas termaktub dalam Perkara
114, terutamanya Fasal 2 dan Fasal 4A.
” Fasal (2) – Pada melantik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang
di-Pertuan Agong hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya
suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.
“Fasal (4A) – Sebagai tambahan kepada apa-apa kehilangan kelayakan
yang diperuntukkan di bawah Fasal (4), Pengerusi Suruhanjaya Pilihan
Raya hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu jika selepas tiga
bulan pelantikannya ke jawatan itu.
“Atau pada bila-bila masa selepas itu dia ialah atau menjadi
anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau pegawai
atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal ehwal atau urusan, mana
mana organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selainnya.
“Atau mana-mana pengusahaan komersil, perindustrian atau
pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan,
hadiah, untung atau faedah daripadanya.
“Dengan syarat bahawa kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai
jika organisasi atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikan
atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat.
“Atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain
yang bersifat khairat atau sosial, dan anggota itu tidak menerima
apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya,” kata Rafizi
memetik bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata,
keanggotaan kedua-dua pegawai tertinggi SPR dalam parti politik jelas
melanggar Perkara 114, Fasal 2 dan Fasal 4A.
“Tuntutan yang dikenakan oleh Perkara 114 adalah jelas; iaitu
dalam masa tiga bulan dilantik ke jawatan Pengerusi atau Timbalan
Pengerusi SPR, mereka perlu menarik diri dari semua badan yang termaktub
di bawah Fasal 4A dengan membatalkan keahlian mereka.
“Sebagai pegawai tertinggi SPR, kecuaian mereka tidak menyemak dan
membatalkan keahlian parti politik adalah satu kesalahan besar yang
melanggar peruntukan Perlembagaan,” katanya.
.
0 Komen pengunjong :