Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pendakwaraya kes Liwat II mewakili Anwar dalam tuduhan perhimpunan haram

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Bekas Peguamcara Negara II Datuk Yusof Zainal Abiden hari ini menyertai kumpulan peguam Datuk Anwar Ibrahim, pemimpin pembangkang yang hari ini didakwa menyertai demonstrasi jalanan haram.
Ini merupakan perkembangan yang mengejutkan kerana Yusof telah mengetuai pendakwaan kes Liwat II terhadap Anwar, di mana Anwar telah dibebaskan awal tahun ini.
Yusof telah bersara dari Jabatan Peguam Negara.“Saya menerima panggilan dari Anwar semalam. Saya tidak teragak-agak,” Yusof memberitahu para pemberita di mahkamah hari ini.
“Saya menerima panggilan dari Anwar semalam dan saya tidak teragak-agak,” Yusof memberitahu wartawan apabila didekati di mahkamah hari ini.“Beliau mempunyai hak untuk memilih peguamnya,” Yusof berkata.Yusof menekankan bahawa beliau tidak mempunyai hubungan politik dan merupakan seorang “profesional” yang “rela dan berupaya” untuk membantu Anwar apabila diminta menyertai kumpulan peguamnya.
“Saya seorang agen bebas,” katanya.Yusof juga berkata bahawa beliau “tidak akan membuat kenyataan yang bertentangan dengan kerajaan” dan tidak mempunyai percanggahan kepentingan.
“Saya bukan menyertai sebarang parti politik. Saya cuma seorang peguam,” beliau berkata.
The Malaysian Insider memahami bahawa hubungan Yusof dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah dingin buat suatu masa dan beliau juga telah tidak bersetuju dengan cara pengendalian beberapa kes profil tinggi.
Apabila ditanya tentang hubungannya dengan Abdul Ghani sekarang, Yusof cuma berkata “tiada komen”.
Beliau telah dilihat bergaul dengan peguam lain Anwar pagi tadi.
Pemimpin PKR Sivarasa Rasiah, yang juga seorang peguam, telah mengesahkan dalam satu mesej teks kepada The Malaysian Insider apabila ditanya jika bekas peguam kerajaan itu berada dalam kumpulan peguam ketua de facto PKR itu.
Sivarasa berkata Yusof sedang membantu peguam utama Anwar, Karpal Singh. Peguam lain yang berada dalam kumpulan Anwar ialah anak Karpal, Ram Karpal Singh Deo dan Sankara Nair.
Anwar, timbalan presiden PKR Azmin Ali dan ketua bahagian PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin telah didakwa hari ini dengan mengambil bahagian dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April di bawah seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman, kurang dari sebulan selepas akta baru ini yang bertujuan untuk membenarkan perhimpunan awam “selari dengan norma antarabangsa” dilaksanakan.
Kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman boleh mendatangkan saman maksimum RM10,000.
Ketiga-tiga mengaku tidak bersalah ke atas tuduhan melanggar perintah larangan memasuki kawasan Dataran Merdeka ketika Bersih 3.0.
Hakim Mahkamah Sesyen Mahmud Abdullah telah menetapkan 2 Julai sebagai tarikh sebut kes ini.

0 Komen pengunjong :