Najib, ganas zalim: BN kalah sebelum PRU ke-13 bermula

Najib, ganas zalim: BN kalah sebelum PRU ke-13 bermula

Usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menyediakan dirinya sebagai reformis tiba-tiba terhenti apabila jalan-jalan di Kuala Lumpur dipenuhi gas pada petang Sabtu yang panas.
Najib melepaskan samseng-samseng berbaju biru yang di jalanan untuk memukul dan menendang penunjuk perasaan yang tidak melawan dan bersenjata sebelum menangkap mereka. Mereka bimbang jika perbuatan mereka telah dirakamkan pada kamera dan mereka akan sentiasa dilindungi oleh tuan-tuan mereka.
Mengapa Najib membiarkan penganiayaan dan keganasan berlaku begitu hampir dengan Pilihanraya Umum? Pelan itu Nampak seperti diadakan untuk mewujudkan suasana takut dimana BN boleh pergunakan untuk mendapat kelebihan pada pilihan raya lebih daripada apa yang mereka biasa lakukan. BN telah nampaknya kalah dalam pilihan raya dan sedang mencari cara lain akibat terlalu terdesak untuk kembali memegang kuasa.

BN sudah kalah dalam pilihanraya ke-13

Najib tidak akan berjaya kerana peristiwa ini dan darah yang telah tertumpah pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April untuk pilihanraya yang bebas dan adil akan diterjemahkan dalam bentuk menentang BN pada pilihan raya yang akan datang.
BN dalam usaha untuk cuba menjustifikasikan serangan ganas mereka, berkata mereka hanya menyerang para penunjuk perasaan kerana mereka merobohkan penghalang di Dataran Merdeka. Kita tidak boleh sahkan jika para penunjuk perasaan telah meruntuhkan halangan, tetapi jika mereka telah lakukan apa masalahnya?
Menyekat Dataran merupakan suatu perbuatan yang tidak perlu sama sekali dan suatu provokasi oleh BN untuk menghalalkan keganasan yang mereka lakukan pada hari ini. Dataran milik semua rakyat Malaysia dan bukan sekumpulan ahli politik BN yang korupsi.
Jadi, apa masalahnya jika sekumpulan rakyat Malaysia mahu duduk di sana? Ia adalah sebuah padang, dan bukan persimpangan jalan yang sibuk!

Bersih harus lebih agresif: Fikirkanlah tentang pengorbanan para pemprotes dan janganlah ‘kiasu’.

Dalam hal ini, sudah tentu, kita sama sekali tidak bersetuju dengan kepimpinan Bersih yang lemah kerana, selepas berkumpul lebih daripada seratus ribu orang, dan mengelilingi Dataran daripada semua arah; dalam anti-klimaks yang menghairankan; mengarahkan para penunjuk perasaan untuk bersurai.
Ini setelah hampir 30 minit selepas bantahan Bersih bermula! Tiada siapa yang datang dari Kedah, Kelantan, Johor mahupun Bangsar hanya untuk mendengar Ketua Bersih, Ambiga Sreenevasan memberitahu mereka untuk pulang ke rumah.
Para penunjuk perasaan yang berani dan komited sangat kecewa oleh jawatankuasa Bersih pada 28 April itu. Jika jawatankuasa Bersih ada niat untuk menyelamatkan penunjuk perasaan dari bahaya, maka mereka belum kenal siapa itu BN.
Lihat apa yang BN telah lakukan! Cuba rasakan kesakitan mereka yang telah ditumbuk, ditendang dan dipukul sebelum diheret ke beberapa pusat tahanan.

Kalah

Dengan taktik zaman lapuk mereka, BN hanya berjaya menjadikan lebih ramai rakyat Malaysia semakin radikal dan telah mengubah penunjuk perasaan aman menjadi pejuang.
Ini jelas ditunjukkan oleh para penunjuk perasaan seramai 5,000 orang atau yang bertindak balas terhadap gas dan air pemedih mata kerana enggan beredar dan terus dengan perjuangan mereka.
Najib boleh memutuskan untuk memberi perhatian kepada sebilangan peserta demo dan memperkenalkan perubahan yang sebenar di Malaysia dalam masa yang singkat dia memegang jawatan Perdana ini. Atau dia boleh teruskan sahaja dengan reformasi palsunya.
Apa jua yang dilakukannya sekarang, dia masih akan kalah pada pilihan raya kali ini. Segalanya sudah terlambat bagi Najib.

Malaysia Chronicle
.

1 comment :

  1. detik kekalahan amat mengerunkan bagi najib,umpama hidup dan mati.....sebab tu spr buat kerja kotor untuk selamatkan najib yang berpekung dan bernanah busuk untuk menang pru13...itu rancangan kau najib,kau kena ingat juga rancangan ALLAH yang amat tepat,kezaliman pasti mati...insyakAllah!!!!

    ReplyDelete