Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Halalkan keganasan: KEADILAN desak Hishamuddin disiasat, digantung tugas


KUALA LUMPUR 14 Mei: KEADILAN mendesak satu siasatan dijalankan ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kerana menyalahgunakan kuasanya dalam perhimpunan Bersih 3.0.
Dalam kenyataan bersama, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan N Surendran berkata, sementara menunggu siasatan dijalankan, Hishamuddin boleh digantung sebagai Menteri Kabinet menurut Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan.
“Hishamuddin dilantik sebagai Menteri Kabinet oleh raja untuk berkhidmat bagi kepentingan rakyat. Bagaimanapun, beliau menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri dan melanggar sumpah jawatannya sebagai menteri.
“Beliau juga secara terang-terangan menolak kebimbangan rakyat atas pelantikan berat sebelah iaitu bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebagai panel menyelesaikan isu perhimpunan.
“Ini menyalahi undang-undang dan percubaan sinis oleh beliau untuk menindas dan memutarkan kebenaran tentang perhimpunan pada 28 April lalu bagi ‘menghalalkan’ jenayah dan keganasan oleh pihak berkuasa,” kata mereka pada kenyataan.
Mereka mengulas kenyataan Hishamuddin baru-baru ini yang membuat tuduhan tidak berasas dengan mendakwa ada pihak sengaja mahu sebabkan kematian dalam perhimpunan dan menuduh Majlis Peguam Malaysia mengecam keganasan polis.
Justeru itu, kata mereka, adalah wajar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekejaman polis terhadap peserta-peserta Bersih 3.0 dan media.
“Kami terus menyeru kepada Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN) meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kekejaman polis terhadap peserta  Bersih 3.0 dan wartawan serta memastikan polis yang terlibat dengan serangan itu didakwa.
“Kami juga menyeru supaya Perdana Menteri dan kerajaan meluluskan berturut-turut cadangan Suhakam terhadap polis semasa perhimpunan, termasuk cadangan yang terkandung baru-baru ini dalam laporan Bersih 2.0,” kata mereka lagi.

0 Komen pengunjong :