Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Didakwa Pencetus Provokasi : Ahli PKR Rasah Ditangkap,

alt

KUALA LUMPUR, 2 Mei 2012 - Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rasah, R. Thanggam ditahan reman tiga hari atas dakwaan pencetus provokasi yang mengakibatkan keganasan sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh dalam kenyataan rasmi semalam mengesahkan polis telah menahan sorang ahli PKR bagi membantu siasatan pihak polis dalam mengenal pasti pembabitan insiden keganasan di Dataran Merdeka.

Mohamad walau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti suspek, berkata tahanan merupakan lelaki dalam lingkungan usia 50 tahun dan ditahan reman sehingga Khamis ini.

"Kes ini disiasat dibawah Seksyen 440 Kanun Keseksaan," kata Ketua Polis Kuala Lumpur ini.

Polis mendakwa terpaksa menggunakan pancutan air dan gas pemedih setelah penyokong BERSIH 3.0 memecah benteng penghadang dalam usaha menduduki Dataran Merdeka.

Sebelum itu, sebilangan besar blog dan portal media menunjukkan rakaman video youtube menunjukkan aksi Ketua Umum Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan isyarat kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali agar merempuh penghadang, yang mencetuskan insiden keganasan.

Walau bagaimanapun, Anwar dan Azmin menafikan sekeras-kerasnya pembabitan mereka sebagai pencetus provokasi.

Sementara itu, Naib Presiden PKR N. Surendren mengesahkan lelaki yang ditangkap sebagai R. Thanggam yang ditahan reman di Balai Polis Dang Wangi.

Surendren turut mengesahkan Majistret Azmil Mustapha telah mengarahkan Thanggam ditahan reman bagi membantu siasatan polis.

0 Komen pengunjong :