Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Biadap terhadap Nik Aziz, Azmin desak Rahim Noor mohon maaf

KUALA LUMPUR 9 Mei: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri  Rahim Noor tidak layak mempersoal keimanan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, Rahim telah memfitnah keluarganya dan memukul Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan.
“Kita dikejutkan tohmahan biadap Rahim menggelar Nik Aziz ‘bapa kafir’. Mantan Ketua Polis Negara inilah terbukti memukul dan membelasah Anwar ketika ditahan pada 1998 dan tidak cukup dengan itu memfitnah saya dan keluarga.
“Dia tidak layak persoal keimanan dan keyakinan Nik Aziz. Kedangkalan kenyataan Rahim jelas terserlah malah dicemuh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azmin berkata, Nik Aziz merupakan ulama, tokoh ilmuan Islam berwibawa dan dihormati setiap lapisan masyarakat.
Katanya, masyarakat Islam mahupun bukan Islam menyanjungi pekerti Nik Aziz dan menghormati kegigihan beliau mentadbir Kelantan.
“Sebagai Mursyidul Am, Nik Aziz merupakan teladan kepada ahli PAS, menjadi rujukan Muslim seluruh negara. Beliau menampilkan kepimpinan bertunjang pesan Islam dan menzahirkan sebagai dakwah bil hikmah,” katanya.
Justeru, Ahli Parlimen Gombak itu menggesa Rahim memohon maaf kepada Nik Aziz atas tohmahan biadap yang dilemparkan,” katanya.
.

0 Komen pengunjong :