Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tuntutan Pendidikan Percuma: Khemah siswa diroboh lagi


Perhimpunan menuntut "Pemansuhan PTPTN" dan "Pendidikan Percuma" yang berakhir dengan "Occupy Dataran" kini menyaksikan perkembangan terbaru.  Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kembali pada pagi ini, untuk merobohkan dua khemah yang didirikan siswa di situ.

Semalam, penguatkuasa DBKL telah merobohkan khemah yang didirikan siswa di Dataran Merdeka.  Namun, siswa mendirikan semula dua khemah untuk bermalam di situ.  Pada kira-kira jam 10 pagi ini, penguatkuasa DBKL turun ke Dataran Merdeka untuk merobohkan khemah siswa, diiringi pegawai polis.

Namun demikian, kira-kira 20 orang siswa tetap enggan beredar dari situ, dan mereka diheret secara kasar oleh pegawai penguatkuasa.  Salah seorang daripada siswa diheret pada bahagian lehernya, dan seorang lagi dimasukkan ke dalam kereta DBKL, dan dilepaskan 10 minit kemudian.

Meskipun dirobohkan khemah mereka, namun siswa ini tetap berada di Dataran Merdeka untuk menyatakan protes mereka. Mereka telah berada di Dataran Merdeka untuk lebih 36 jam sehingga kini.

0 Komen pengunjong :