Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sudah dijangka, DBKL diguna halang Bersih 3.0


KUALA LUMPUR: Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak membenarkan himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka memang sudah dijangka.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, ianya bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana memang tidak pernah sebelum ini permohonan mana-mana himpunan rakyat dibenarkan di situ.

"Walaupun peringkat awalnya pihak kerajaan tidak bermasalah dengan Bersih 3.0 tetapi akhirnya mereka menjadikan DBKL sebagai alasan untuk tidak membenarkannya.

"Memang selama ini perhimpunan aman rakyat sering dianggap perhimpunan haram dan tindakan keras pasti akan diambil terhadap pesertanya. Tidak mustahil ia akan berlaku kali ini menjelang 28 April 2012 nanti," katanya lagi.

Bersih pada sidang media hari ini memaklumkan pihaknya menerima surat dari DBKL yang memaklumkan tidak mengizinkan Dataran Merdeka digunakan untuk himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Mereka memberi alasan bahawa Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional".

Bagaimanapun Bersih hari ini memutuskan untuk tetap meneruskan himpunan itu di Dataran Merdeka.

Mengulas lanjut Suhaimi berkata, pihaknya tidak menganggap kebenaran menggunakan Dataran Merdeka sebagai isu utama penganjuran Bersih 3.0.

Biarpun DBKL mempunyai hak ke atas padang Dataran Merdeka tetapi tidak mempunyai hak untuk menghalang perhimpunan tersebut, katanya lagi.

0 Komen pengunjong :