Lynas cuba alih kepentingan keselamatan kilang : Fuziah Salleh


KUALA LUMPUR, 16 April — Fuziah Salleh menuduh Lynas Corp cuba untuk mengalihkan perhatian terhadap kilangnya di Kuantan dengan membuat dakwaan terdapatnya “kempen politik bersepadu” bagi menghalang pembinaan kilang tersebut.
Pemilik syarikat dari Australia itu, Nicholas Curtis mendakwa pembangkang menggunakan kilang nadir bumi itu sebagai kempen politi, dan menegaskan ia hanya “salah faham” dan “usaha mensabotaj” sains, proses perundangan yang wujud di Malaysia dan keyakinan terhadap prosesnya.
Curtis turut mendakwa taktik berkenaan bukan sahaja merosakkan projeknya di Malaysia, tetapi juga Malaysia sebagai hab pelaburan.
Fuziah), dalam kenyataan balasnya pula menuduh Lynas Corp cuba “menyeleweng” dari fakta sebenar berkenaan isu keselamatan, dan kajian menunjukkan kilang Lynas tidak menyokong sebarang bentuk “pembangunan mampan.”
“Mereka tidak menitikberatkan soal keselamatan, mengenepikan isu pokok berkenaan isu keselamatan.
“Mereka hanya mengetengahkan aspek radiasi, radiasi luaran ... mereka berfikiran sempit dalam aspek perspektif radiasu,” kata Naib Presiden PKR ini kepada The Malaysian Insider.
Jelas Fuziah, perbandingan antara kilang Lynas di Gebeng dan Molycorp di Mt Pass, California, kilang Arafura di Whyalla, Selatan Australia Australia dan Ashton di Australia menunjukkan “hasil yang berbeza.”
Tidak seperti Lynas, tiga kilang lain itu menghantar semula sisa radioaktif mereka kepada lombong.
“Lynas tidak mempunyai pelan pengurusan sisa radioaktif yang konkrit. Lynas mendakwa mereka mampu menyimpan sisa itu di tapak mereka untuk selamanya.
“Malah, mereka turut mendakwa mempunyai kajian lengkap untuk mengkomersialkan sisa radioaktif itu pelbagai bidang,” kata Fuziah.
Kilang itu jelasnya, akan menghasilkan 500 tan cecair buangan sejam dan disalirkan ke Sungai Balok.
Berbanding Molycorp dan Arafura mempunyai “sifar kadar cecair buangan,” kata Fuziah.
“Bagi Ashton, dianggarkan 10 peratus akan meresap ke dalam tanah.
“Beliau (Curtis) sedang menipu apabila mengatakan bantahan terhadap kilang itu bakal merosakkan pelaburan Malaysia.
“Oleh kerana kamu memberikan keuntungan, tidak bermakna kamu boleh arahkan apa yang perlu kami buat,” katanya.
“Lynas harus melaksanakan tindakan sama yang mereka lakukan di Australia,” jelas ahli Parlimen PKR ini lagi.
Mahkamah Tinggi minggu lalu menolak bantahan penduduj untuk semakan semula pemberian Lesen Operasi Sementara (TOL) yang diberikan kepada kilang bernilai RM700 juta itu untuk Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang.
Selasa lalu, anak syarikat Lynas Corp’s Malaysia berkata kilang itu akan mula beroperasi dalam tempoh tiga minggu.

1 comment :

  1. wanita terkejut...anak bawa balik peluru hidup....huhu kacau ye..www.kachipemas.blogspot.com

    ReplyDelete